Sebelum
ini industri hiburan dikejutkan dengan perkhabaran berita bahawa bekas
ahli kumpulan Kamikaze iaitu Sham telah berkahwin dua.
Namun sehingga ke hari ini Sham tidak pernah tampil membuat pengakuan berhubung perkara tersebut di mana-mana media.
Menerusi
sebuah akhbar hari ini, Sham menjelaskan dakwaan dirinya sudah
berkahwin dua dengan berkata, “itu tidak tepat sama sekali. Sebenarnya
ini merupakan cerita lama dan saya telah memberitahu bahawa saya tidak
berkahwin dua. Saya tidak mahu bercakap mengenai soal ini dan saya
percaya anda juga tahu mengapa”.
“Sebenarnya
saya memang tidak berkahwin dua, sebaliknya saya telah berkahwin kali
kedua setelah perceraian yang pertama, tetapi saya tidak akan
memberitahu bila kerana saya ada sebab yang tertentu,” katanya.
Sham
atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 37, didakwa telah bercerai
dengan isteri pertamanya, Farazilah Abdul Jabar pada Ogos 2012 sebelum
mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan kakak kepada Maulana AF,
Nurul Halimin Md Salleh pada Januari tahun ini.
Kini,
Halimin dikatakan sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa untuk
melahirkan cahaya mata sulung pasangan tersebut – Mynewshub.my
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment