Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Pengacaraan Hambar, Zizan Razak Tidak Kesal Kendali AF 2013

on Friday 15 November 2013


PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Zizan Razak berasa menyesal menerima tawaran mengendalikan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) walaupun dikritik kerana dilihat gagal memberi kejutan kepada rancangan itu.

Namun, Zizan, 29, berkata, kehadirannya dalam AF 2013 itu berjaya meningkatkan rating program itu dari minggu ke minggu setiap kali disiarkan.

"Saya tidak pernah menyesal ambil tawaran ini kerana bagi saya ia sebagai satu cabaran utama saya untuk jadi lebih baik.

"Biarpun ramai yang mengkritik tentang pengacaraan saya namun setiap minggu rating program itu meningkat," ujarnya kepada mStar Online.

Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas cara dia mengendalikan AF 2013 yang dilihat hambar berbanding pengacara-pengacara lepas biarpun rancangan itu bakal memasuki peringkat akhir pada Ahad ini.

Tambahnya, sebagai orang baharu dalam bidang ini, dia perlu lebih banyak belajar terutamanya dalam mengendalikan program televisyen yang berskala besar dan popular.

"Saya tahu ramai yang cakap saya gugup dan masih bandingkan saya dengan pengacara lama, bagi saya ia adalah satu peringkat pelajaran.

"Tidak semua orang boleh terus jadi yang terbaik, saya terima kritikan tersebut dengan ikhlas dan perbaiki kelemahan diri," katanya.

Sementara itu, Zizan yang turut berlakon dalam telefilem Oh My Ganu iaitu kesinambungan drama bersiri bercorak pendidikan Oh My English mengakui ia pengalaman berbeza selain berharap mampu menarik peminat daripada golongan kanak-kanak.

"Selama ini saya hanya berlakon rama dan program untuk orang dewasa sahaja, ini adalah peluang saya untuk menarik peminat daripada golongan kanak-kanak pula.

"Lagi pun ini merupakan program drama pertama saya yang memerlukan saya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris," katanya.

Oh My Ganu akan disiarkan pada 27 November ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 135 & 610).

Sumber
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

edisi said...

zizan tetap lawak...peace yoo...


15 November 2013 at 08:34

Post a Comment