Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Shah Jaszle tidak mengaku berkhalwat

on Wednesday 13 November 2013


SUBANG BESTARI - Pelakon lelaki popular, Shah Jaszle mengaku tidak bersalah di mahkamah rendah syariah di sini, hari ini, terhadap tuduhan khalwat dengan seorang bekas pekerja bank, Mei lalu.

Shah Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, didakwa berada bersama Farrah Nurizzati Salleh, 21, dalam keadaan menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral, di dalam bilik sebuah rumah di Taman Sri Subang, Petaling Jaya, kira-kira jam 3.50 pagi, 16 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Shah Jaszle yang diwakili Peguam Ashraf Ranee memohon satu tarikh sebutan singkat bagi proses representasi kepada pihak pendakwa.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah membenarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan semula kes itu.

Bagaimanapun, Farah Nurizzati mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan pelakon utama filem Azura 2012 itu dan hakim mengenakan denda RM3,000 atau penjara dua bulan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Farah Nurizzati memohon denda dikurangkan kerana dia telah kehilangan kerja dalam tempoh 24 jam selepas berita penangkapan mereka.

Berdasarkan fakta kes, pasangan itu ditahan unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) selepas mendapat maklumat orang ramai.

Selepas memberi salam kira-kira lima minit kemudian, seorang lelaki yang hanya berseluar pendek kemudiannya membuka pintu.

Hasil pemeriksaan di bilik tidur kedua mendapati Nurizzati yang hanya bersinglet dan berseluar pendek manakala Shah Jaszle sedang tidur sambil berselimut dan hanya memakai boxer kelabu.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Syarie, Shafezan Rusli memohon hukuman berbentuk pengajaran diberikan kepada tertuduh, agar kes seperti itu menjadi tauladan kepada masyarakat sekeliling.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment