Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Aidil Zafuan Bakal Nikah Mac 2014

on Friday 13 December 2013


Menurut sumber yang diperolehi, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, bakal menamatkan zaman dudanya pada bulan Mac tahun hadapan.  Sumber tersebut turut  memberitahu bahawa kad kahwin juga akan diedarkan sedikit masa lagi. 
Bagi mendapatkan kepastian, MH telah bertanya sendiri dengan tuan punya badan. 
“Mana tahu ni?” tanyanya kembali yang nyata terkejut apabila ditanyakan mengenai desas-desus tersebut.  Namun setelah dipujuk, Aidil  sudi memberikan sedikit komennya. 
“Insya-Allah, jika menjadi kenyataan saya akan jemput.  Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu.  Lagi cepat lagi bagus,” ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar. 
Wanita yang bakal dikahwini pula adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Zarema Zainal.  Ditanyakan mengenai perkara ini, Aidil sekadar memberitahu; “Tunggu kadnya ya,” ujarnya sambil ketawa. 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment