Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Gejala Lapar tengah malam

on Saturday 14 December 2013


Selera tak mengira masa. Mulut terasa nak mengunyah, perut berbunyi minta diisi, padahal mata sedia untuk beradu.

ELOK DIMAKAN

Ceri: Antara makanan terbaik dimakan sebelum tidur kerana dapat mengurangkan berat badan. Ia salah satu daripada makanan semula jadi yang mengandungi melatonin di mana membantu mengawal ‘masa badan’. Ceri, buah yang manis dan segar dan jika bagi sesiapa yang mengalami insomnia, sangatlah disyorkan untuk minum jus ceri kerana ia mungkin dapat memperbaiki kitaran waktu tidur anda.

Susu: Anda mungkin mempunyai kenangan di mana ibu atau nenek memberikan anda segelas susu panas sebelum waktu tidur. Ya, ia fakta yang anda perlu tahu bahawa susu mengandungi ‘tryptophan’ iaitu sejenis asid amino yang berperanan sebagai pelopor serotonin. Serotonin berupaya mengatasi sindrom kemurungan, gangguan emosi serta masalah tidur dalam kalangan orang dewasa.


Beras ‘Jasmine’: Apakah makanan yang terbaik untuk dimakan sebelum tidur? Inilah jawapannya! Badan akan mencerna beras Jasmine perlahan-lahan dan akan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam saluran darah. Ia mengandungi mineral maganese sebagai bahan antipengaratan dalam tubuh badan, mengekalkan berat badan ideal, mengandungi selenium dan serat sebagai antikanser selain menurunkan kolesterol dalam badan.


Bijirin: Bijirin adalah makanan yang baik untuk dimakan sebelum tidur untuk mengawal berat badan. Ia mengandungi karbohidrat yang baik untuk badan. Cuba bijirin berasaskan gandum, quinoa atau barli dan campurkan dengan susu untuk snek ringan pada waktu malam.

Pisang: Buah-buahan ini bagus dimakan sebelum tidur. Pisang mengandungi magnesium dan potasium yang akan membantu merehatkan otot. Pisang mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian, ia memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.


TAK ELOK DIMAKAN

Pasta: Walaupun ia makanan yang lazat dan cepat untuk disediakan sebelum tidur tetapi sudah pasti ia bukan makanan ideal dimakan pada waktu malam. Elakkan memakan pasta sebelum tidur kerana ia boleh menaikkan berat anda. Perlu tahu bahawa pasta juga mempunyai indeks glisemik tinggi bermakna akan melambatkan tidur, mengacau keseimbangan tahap gula dalam darah dan mungkin akan menyebabkan terjaga di tengah malam.

Aiskrim: Kadang-kadang kita mengidam semangkuk besar aiskrim. Fikir dua kali sebelum membuka peti ais kerana aiskrim sarat dengan lemak. Gula terkandung dalam aiskrim akan memberikan tenaga yang agak banyak, sekali gus melambatkan tidur lalu menjadikannya lemak. Dipercayai, pengambilan makanan gula tinggi boleh menyebabkan mimpi buruk.

Saderi: Saderi adalah bahan diuretik semula jadi yang akan membuatkan kita berulang-alik ke bilik air pada waktu malam. Sudah tentu, perlu makan sayur-sayuran kerana kaya dengan nutrien, tetapi anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan kesan diuretik seperti saderi.

Coklat gelap: Senario biasa di mana apabila duduk di depan televisyen akan mula mengidam untuk makan coklat. Tidak dapat disangkal lagi coklat gelap memang lazat tetapi ia mengandungi kafein yang mungkin akan mengganggu tidur. Coklat gelap juga mempunyai perangsang seperti theobromine yang kadangkala akan membuatkan jantung berdegup laju.

Piza: Fikir dengan teliti sebelum membuat pesanan piza sebelum tidur kerana perut dan seluruh badan perlu berehat sebelum tidur dan sudah semestinya piza bukan makanan ringan sama sekali. Sos tomato mempunyai tahap asid tinggi selain pemangkin untuk refluks asid. Anda disyorkan untuk mengelak makan piza supaya tidur tidak terganggu.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment