Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Izzue Islam Dilantik Duta Auramen

on Wednesday 18 December 2013


Aura white Global Sdn Bhd telah melantik pelakon popular, Izzue Islam sebagai duta bagi produk terbaru keluaran syarikat itu, Auramen Turbo Collagen yang merupakan produk kecantikan wajah yang berunsurkan bahan semulajadi. 
 
"Produk ini bukan sahaja membantu mengatasi masalah kulit tetapi juga secara menyeluruh membekalkan tenaga, stamina dengan kesan hebat dan sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Ia juga membantu memejalkan oto secara semula jadi," ujar pengasas Aurawhite Global Sdn Bhd, Puan Furyna Azmeer. 
 
Dalam pada itu, Izzue melahirkan rasa teruja kerana diberi peluang untuk mewakili produk ini memandangkan keberkesanan terhadap dirinya.
 
"Sebelum ini, saya ada mencuba produk Aurawhite dan sebelum Auramen dilancarkan, saya turut mencuba produk ini dan gembira dengan hasilnya. Bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalah kulit, perbezaan yang paling jelas adalah saya mendapat tenaga tambahan dan tidak berasa lemah badan," ujar Izzue. 
 
Dalam perkembangan sama, Aurawhite juga melancarkan dua produk lain iaitu Aurawhite Skin Spa dan Aurawhite Stem Cell edisi istimewa yang mana kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan bakal mendapat sambutan hangat daripada pelanggan. 
 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment