Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Pengorbanan Buat Irma Hasmie

on Wednesday 25 December 2013


SEJAK bergelar ibu, banyak perubahan yang berlaku kepada pelakon dan pengacara jelita ini. Malah pemilik nama Irma Hasmie ini juga mengakui rezekinya bertambah semenjak kelahiran anak pertamanya, Redza Syah Irfhan yang berusia lapan bulan hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Redza Shah sejak dua tahun lalu.

Meskipun mengakui padat dengan jadual pengacaraan dan duta kecantikan serta kesihatan Radiglow, di bawah label syarikat Seri Udani Beauty, namun Irma, tidak sesekali melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada satu-satunya cahaya mata mereka.

“Dalam kesibukan jadual yang tidak menentu, saya masih memberikan keutamaan kepada anak dan keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta produk Radiglow di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah akui Irma, itulah pengorbanan paling besar untuknya membahagikan masa antara karier dan juga keluarga.
 
Biarpun ‘pengorbanan’ terlalu subjektif baginya, namun bagi Irma, banyak melakukan pengorbanan demi keluarga yang sehingga kini tetap menjadi keutamaan baginya.

“Saya tetap mementingkan masa bersama keluarga dan sentiasa memastikan kelengkapan anak dan suami.

“Saya dan suami juga ambil keputusan untuk jaga anak kami. Itu adalah satu cabaran dan keseronokan apabila lihat anak membesar di depan mata.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur, suami sedia membantu," katanya yang gembira dikurniakan suami yang ringan tulang serta sangat memahaminya.  

Rindu berlakon

Irma yang membuat keputusan memperlahankan aktiviti lakonannya bagaimanapun, mengakui masih rindukan dunia lakonan.

“Saya rindu untuk berlakon lagi, namun selepas bergelar ibu, kekangan masa membatasi saya untuk kembali aktif. Tawaran berlakon juga  masih ada. Cuma kalau drama berepisod yang berjadual lama dan agak panjang serta memerlukan saya lakukan penggambaran di luar Kuala Lumpur, memang saya tak ambil, dan menolak secara baik.

“Namun, kalau ada telemovie mungkin saya akan terima kerana ia tidak memerlukan saya berada terlalu lama di set penggambaran. Tapi saya selektif dan letak juga beberapa syarat tertentu pada produksi kerana saya merupakan seorang isteri dan wanita bertudung,” kata pengacara program Assalamualaikum di saluran TV AlHijrah dan juga duta tudung D’Haja ini.

Selain baru dilantik sebagai duta produk kecantikan dan kesihatan, Radiglow, Irma juga kini sibuk menguruskan perniagaan busana Muslimah, Debumas secara online.

“Alhamdulillah, saya menjalankan perniagaan secara online dan saya amat gembira menjalankan perniagaan secara dalam talian ini.

"Malahan, perniagaan saya juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli,” katanya.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment