Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Sharifah Sakinah : 'Dia Hanya Jurulatih Gim'

on Thursday 5 December 2013


PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Sakinah masih belum temui pengganti selepas berpisah dengan kekasih yang juga anak angkat kepada pengarah drama Erma Fatima iaitu Ahmad Albab beberapa bulan lalu.

Sakinah, 23, berkata, dia lebih selesa menjalani kehidupan tanpa seorang kekasih selain mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonan.

"Saya belum mempunyai kekasih baru, lagipun saya masih muda dan kalau boleh ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pada pratonton filem Ular, di E@Curve, di sini, Selasa.

Sakinah berkata demikian ketika ditanya tentang status dirinya selepas dilihat bersama seorang lelaki berbangsa Inggeris yang sering dibawa ke majlis-majlis hiburan selepas putus cinta.

Jelas Sakinah, lelaki tersebut merupakan jurulatih peribadinya di gimnasium yang berminat untuk mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air.

Tambahnya, disebabkan lelaki tersebut juga berat badannya berjaya diturunkan sebanyak 12 kilogram dalam tempoh enam bulan.

"Berat badan saya dulu 63 kilogram kini sudah 51 kilogram, dia banyak mengawal pemakanan saya dan memberi nasihat untuk mengambil makanan yang lebih berkhasiat," katanya.

Sementara itu, Sakinah yang berlakon dalam filem Ular berharap filem pertama lakonannya itu dapat diterima masyarakat.

Filem Ular akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 5 Disember ini (Khamis).

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment