Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Ibu : "Syamsul Hanya Nampak Puteri Sarah"

on Wednesday 15 January 2014


Ekoran tersebarnya beberapa keping gambar yang dipercayai diambil ketika Puteri Sarah Liyana dirisik oleh ibubapa Syamsul Yusof, pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengesahkan berita tersebut dan mendedahkan mereka akan disatukan pada bulan Mac akan datang. 
 
"Syamsul beritahu ibunya dia mahu mengahwini Puteri Sarah dan meminta kami masuk merisik. Setelah perbincangan dilakukan, Insya-ALLAH bulan Februari atau Mac ini mereka akan disatukan. Kemungkinan akan diadakan pada Mac. Ini juga merupakan permintaan Syamsul yang mahu menyegerakan majlisnya.
 
"Sebagai bapa, saya doakan yang terbaik untuk kehidupan dan perkahwinannya. Kami juga tidak pernah menghalang siapa pun yang menjadi pilihannya waima wanita itu orang putih sekali pun. Semoga segala perancangan ini akan berjalan dengan lancar," ujar Yusof.
 
Dalam pada itu, ibu Syamsul menjelaskan anaknya itu menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Makkah pada 28 Disember lalu.
 
"Kata Syamsul sepanjang berdoa di Makkah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.
 
"Sekembalinya dia dari umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu," jelasnya.
 
Majlis merisik pasangan ini telah diadakan secara sederhana pada hari Ahad lalu di kediaman keluarga Puteri Sarah yang terletak Sri Damansara.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment