Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Noh Salleh Mungkin Berhenti Muzik

on Thursday 13 March 2014


KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengakui tidak mustahil sekiranya dia berhenti melibatkan diri di dalam bidang nyanyian pada masa akan datang nanti.

Noh, 29, berkata, ini kerana isterinya, Mizz Nina yang kini sudahpun berhijab telah memberikan bayangan supaya penyanyi itu memperlahankan karier muziknya.

"Tidak mustahil untuk saya berhenti muzik satu hari nanti. Nina bagi 'hint' mengenai perkara itu dan ia buatkan saya terfikir mengenai masa depan.

"Tetapi apa yang saya boleh buat selepas itu, saya pun tidak pasti. Ini kerana, muzik bukan sekadar minat dan jiwa semata-mata tetapi hanya skil bermain muzik sahaja yang saya tahu untuk dijadikan sebagai punca rezeki setakat ini," katanya.

Noh ditemui pada sesi pra dengar lagu-lagu solo terbaharu di studio milik penyanyi itu sendiri, Pharcyde Studio di sini pada Selasa.

Ditanya pula mengenai keputusan Nina atau nama sebenarnya  Shazrina Azman, 33, yang enggan melibatkan diri lagi di dalam dunia seni muzik, Noh berkata, dia menerima segala keputusan isteri kesayangannya itu dengan hati yang terbuka dan tidak mendesak Nina dalam melakukan sesuatu perubahan diri.

Tambah Noh, dia bersyukur dan gembira apabila Nina mula menimba ilmu agama Islam secara serius menerusi kelas-kelas agama yang disertai, malah mengakui berasa segan kerana menganggap isterinya lebih banyak pengetahuan Islam berbanding dirinya sendiri.
"Nina sekarang banyak bekongsi ilmu agama yang dipelajarinya di kelas dengan saya.

"Malah, dia juga yang mengejutkan saya untuk solat Subuh. Rasanya, kehidupan pagi kami lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini. Alhamdulillah, kami sama-sama saling menasihati antara satu sama lain," ujarnya.

Sementara itu, Noh buat pertama kalinya selepas lapan tahun bersama dengan kumpulan Hujan kini mengambil langkah baharu dengan muncul dengan album solo pula.

Noh berkata, selepas sekian lama mengumpul keyakinan diri menerusi Hujan, baru kini dia percaya diri untuk menghasilkan album solo yang memuatkan sebanyak lima buah lagu.

"Ilham menghasilkan lagu-lagu ini selepas mencipta lagu duet bersama isteri iaitu Kurnia.

"Menerusi album ini, saya mahu mengalih minda pendengar dengan menyuntik elemen muzik pop nusantara," ujarnya.

Noh akan mengeluarkan empat buah lagu dahulu iaitu Angin Kencang, Biar Seribu, Bunga Di Telinga dan Sang Penikam sebagai lagu single.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment