Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Apakah benar Nazim derita barah otak?

on Sunday 8 March 2015



SEJAK akhir-akhir ini, tahap kesihatan aktor kacak, Nazim Othman, amat membimbangkan peminatnya apabila pelakon ini sering memberi gambaran yang kurang jelas mengenai dirinya di laman Instagram.

Bermula dengan tulisan di laman sosial miliknya itu, Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 31, dilihat sering memberi motivasi kepada diri sendiri supaya lebih tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.

Malah, berdasarkan foto imbasan magnetik (MRI) yang dimuat naik, ramai peminat mula berteka-teki mengenai penyakit yang dihidapi pelakon drama bersiri, Kau Yang Terindah, ini dan ada yang mengagak Nazim sedang bergelut dengan penyakit barah otak.

Makin menimbulkan gundah, Nazim turut berkongsi gambar pil Dexamethasone yang perlu diambilnya dua kali sehari.
Meskipun ramai di kalangan pengikutnya di Instagram memberi pelbagai andaian, namun sehingga kini Nazim memilih untuk berdiam diri dan enggan memberi penjelasan mengenai penyakit yang sedang dialaminya.
Namun, bagi peminat yang mempunyai pengetahuan dalam bidang perubatan, mereka turut meninggalkan komen di gambar MRI berkenaan bahawa ada kesan bengkak pada bahagian kanan otak Nazim dan mendakwa kemungkinan besar pelakon itu mempunyai ketumbuhan dalam otak.

Pun begitu, Nazim turut membalas beberapa komen peminatnya dan memberitahu bahawa dia kini masih dalam proses rawatan dan berterima kasih kepada mereka yang terus memberikan kata-kata semangat.
"Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesejahteraan saya. Saya bersyukur. Semoga kita semua dirahmatiNya. Amin," tulisnya.

Menerusi gambar yang dikongsi pada Khamis lalu, Nazim ada menyebut bahawa dia kini berada di dalam wad dan ditemani dua teman rapatnya, Yus dan Bella.

"Yes! Kawan baik datang bawak ayam penyet kat wad. Terima kasih Yus! Terima kasih Bella! Pesakit gembira. Alhamdulillah . Dua 'nyawa' yang dikirimkan Allah SWT untuk jaga saya dalam tempoh rawatan ini. Selalu ada. Syukur," tulisnya lagi.

Nazim merupakan bekas pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) mula terlibat dalam dunia lakonan pada 2008 menerusi drama, Frontpage.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment