PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (JPA) pada Selasa memberi amaran bahawa menerbangkan drone atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) tanpa kebenaran di kawasan lapangan terbang adalah dilarang keras dan merupakan suatu kesalahan mengikut Akta Penerbangan Awam 1969.
Ketua pengarahnya Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata seseorang yang ingin menerbangkan drone atau UAV di ruang udara Malaysia perlu mendapatkan kelulusan JPA.
"JPA prihatin dengan perkembangan kebelakangan ini yang menjadikan kegiatan menerbangkan drone sebagai suatu rekreasi dan untuk tujuan komersial.
"Drone atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) ini menceroboh lapangan terbang dan boleh menggugat keselamatan operasi penerbangan," katanya dalam kenyataan di sini.
Foto dari udara, yang dipercayai dirakam melalui penggunaan drone, menunjukkan pesawat menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL, dipaparkan dalam laman media sosial dan tersebar dengan meluas hingga menimbulkan kebimbangan warga Internet tentang kemungkinan ia boleh mengakibatkan nahas udara.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment