Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Gangguan malam pertama perkahwinan

on Sunday 8 March 2015


SETELAH seharian menjadi raja sehari, pasangan pe­ngantin pasti tidak sabar untuk bersama pada se­belah malam kerana pada hari itulah yang dikatakan sebagai ‘malam pertama’ bagi mereka.
Bagi sesetengah adat, mereka akan menyuruh pengantin mengemas dengan mencuci periuk sehingga lewat malam bagi mengelakkan pasangan raja sehari masuk tidur awal, namun perkara itu dilakukan sekadar untuk mengusik pengantin bagi mencetuskan lagi kemesraan kekeluargaan.
Namun, berbeza dengan sebuah tradisi di Perancis apabila mereka langsung tidak membenarkan pengantin baru menikmati malam pertama dengan aman atau sekadar berehat selepas seharian melayan tetamu.
Tidak keterlaluan dikatakan acara yang dikenali Charivari itu adalah antara budaya perkahwinan yang paling menjengkelkan dan tidak di­senangi oleh pengantin baru.
Ini kerana, dalam adat Charivari, mempelai akan diraikan de­ngan nyanyian atau te­riakan sumbang yang menyakitkan telinga, sambil di­sertai bunyi kuat daripada pukulan periuk, kuali dan cerek. Motifnya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk mengganggu ketenteraman pe­ngantin baru.
Selain dikenali dengan nama Charivari yang berasal dari Pe­rancis, ia disebut Chivaree di Kanada dan Shivaree di Amerika Syarikat.
Bunyi lolongan
Berdasarkan cakap-cakap penduduk, amalan aneh ini telah mula dipraktikkan di Perancis sejak abad ke-14 dan pada awalnya ia diadakan untuk meraikan ke­dua-dua mempelai selepas selesai mengikat ikatan yang sah.
Upacara Charivari bermula sejurus tamat majlis persan­dingan apabila ahli keluarga, jiran tetangga dan para tetamu lain akan berkumpul di luar rumah pengantin dan kemudian mereka akan meneruskan aktiviti gotong-royong.
Dalam pada melakukan kerja-kerja mengemas, mereka akan terlolong-lolong seperti anjing, beruk dan serigala bagi mengganggu pasangan pengantin yang ingin berehat.
Pendek kata, begitulah keadaan sebenar bagaimana masyarakat Perancis menghidupkan amalan Charivari yang di adakan dari tengah malam sehingga ke pagi itu.
Sebenarnya, punca utama kenapa tradisi seperti itu berlaku adalah kerana mereka ingin menolak perkahwinan di luar daripada kebiasaan.
Misalnya, seorang janda atau duda yang baru sahaja berpisah dengan pasangan tetapi mahu berkahwin semula. Selain itu, Charivari juga digunakan bagi mengelakkan kes-kes seperti pasangan berzina, suami kaki pukul atau isteri derhaka.
Butir-butir ayat yang dinyanyikan dalam Charivari biasanya akan membawa makna khas untuk orang tertentu, bergantung kepada pengantin yang terlibat.
Menular
Misalnya, untuk bekas penzina, mesej yang dinyanyikan akan lebih kepada berbaur kotor dan menjijikkan walaupun pada ketika itu pengantin sudah menyesal dan bertaubat.
Keunikan dan keanehan acara itu telah tersebar dan mula me­nular ke Eropah termasuk England dan Amerika Utara.
Menerusi sebuah jurnal The History of the Atlantic Region, dilaporkan pada abad ke-17, anggota pengurusan gereja telah melarang upacara itu diadakan kerana ia dilihat boleh memberi ancaman kepada kaum lain.
Ini kerana, kesan penyebaran tersebut menyebabkan acara yang berlangsung pada awalnya tidak mengikut tradisi lagi. Ia seperti memberi provokasi kepada pasangan pengantin sampaikan ada yang mengambil keputusan untuk keluar berpindah dari kawasan tersebut.
Paling buruk, ada dalam ka­langan pasangan yang ba­ru berkahwin mahu mencederakan diri gara-gara tidak dapat menanggung cemuhan menerusi tradisi itu.
Kini populariti adat tersebut tidak lagi diamalkan seperti dahulu. Boleh dikatakan sudah tidak ramai yang akan menyertai acara berkenaan kerana mereka sudah semakin menghormati hak privasi dan bersifat terbuka.
Sumber

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment