Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Keputusan SPM 2014 menurun berbanding 2013

on Tuesday, 3 March 2015


PUTRAJAYA - Seramai 11,289 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan gred A , A dan A- dalam semua mata pelajaran yabg diduduki berbanding 13,970 calon pada 2013.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, penurunan itu mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuk penyesuaian calon menjawab soalan menggunakan format baharu yang lebih menekankan pemahaman ilmu berbanding menghafal.
"Dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) pula, sebanyak 28 daripada 73 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 43 mata pelajaran menurun manakala dua mengekalkan prestasinya berbanding tahun 2013.
"Namun secara keseluruhan, keputusan SPM pada 2014 menurun berbanding tahun 2013 berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN)," katanya pada sidang akhbar sebentar tadi.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment