Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Nestle mula lancar promosi jimat

on Monday 2 March 2015


BAGI membantu pengguna dalam negara menjimatkan perbelanjaan mereka, Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle) telah melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' seluruh Malaysia selama sebulan bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2015.

Pengarah Urusannya, Alois Hofbauer berkata, promosi tersebut merupakan yang terbesar pernah dijalankan oleh Nestle di Malaysia, di mana pengguna mendapat faedah penjimatan bermula dari 10 hingga 30 peratus.

"Promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' ini menawarkan penjimatan yang tiada bandingan untuk lebih 11 juta pek promosi dari kami termasuk beberapa jenama kegemaran Nestle yang popular seperti Maggi, Milo dan Nescafe.

"Kempen ini melibatkan 50 produk Nestle dengan penyertaan daripada hampir 20,000 kedai runcit, pasar raya dan pasar raya besar seluruh negara," katanya selepas majlis pelancaran kempen tersebut di Shah Alam, semalam.

Menurut Hofbauer promosi ini membolehkan pengguna mendapat manfaat melalui pek bonus yang menarik dan bermutu tinggi dengan setiap pembelian dan juga diskaun harga.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, promosi yang dilancarkan oleh Nestle amat bertepatan dengan saranan kerajaan dalam membantu pengguna supaya dapat berjimat.

"Nestle merupakan syarikat makanan dan minuman nombor satu di Malaysia dan inisiatif yang diambil oleh Nestle menunjukkan komitmen mereka bekerjasama dengan kerajaan.

"Oleh itu, saya menyeru supaya lebih banyak lagi syarikat di luar sana melaksanakan kempen menurunkan harga barang supaya dapat mengurangkan beban kos sara hidup pengguna di negara ini," katanya selepas merasmikan majlis tersebut.

Hasan juga berkata, KPDNKK akan terus memperkasakan lagi tindakan penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang sedia ada supaya peniaga tidak mengambil kesempatan memanipulasi harga barang.

Pada majlis tersebut, Nestle turut menyatakan sokongannya terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), di mana syarikat tersebut secara proaktifnya akan memastikan penjimatan atas cukai jualan ini dinikmati oleh peruncit bermula 1 April.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment