Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Nestle pindah penjimatan GST kepada peruncit

on Tuesday, 3 March 2015



NESTLE (Malaysia) Bhd berkata, ia menyokong pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Pengarah Urusannya, Alois Hofbauer berkata, susulan pelaksanaan rejim cukai baharu bermula 1 April ini, sebarang penjimatan yang diperoleh bagi produknya akan dipindahkan kepada peruncit memandangkan Nestle tidak menjual produknya secara langsung kepada pengguna.

Beliau berkata, Nestle akan mengumumkan secara rasmi senarai produk yang disemak semula kepada peruncit minggu depan.

"Kami masih dalam memuktamadkan perincian.

"Pada akhirnya, peruncit yang menentukan harga pengguna," katanya kepada pemberita di Shah Alam selepas pelancaran kempen promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat', yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Seri Hasan Malek. - Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment