Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Wawa Zainal bakal berundur dari bidang seni?

on Monday, 2 March 2015


BAGI sesetengah selebriti wanita, dunia glamor tidak lagi menjadi keutamaan tatkala sudah berumah tangga, lebih-lebih lagi sudah bergelar ibu. Begitulah yang dirasai oleh aktres cantik, Wawa Zainal ini.

Biarpun namanya suatu ketika dahulu menjadi perhatian dek lakonannya, namun kini bagi Wawa setinggi mana pun cintanya terhadap bidang seni, ia tidak mungkin lagi menjadi satu keutamaan.

Apatah lagi kini ujar wanita berusia 23 tahun ini, dia sudah menjadi isteri dan ibu. Kedua-dua tugas itu memerlukan dia meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Justeru bagi membantu menambah pendapatan buat keluarganya, Wawa kini mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara atas talian.

“Fokus saya kini lebih kepada rumah tangga, perniagaan baju secara atas talian dan akan datang saya akan keluarkan produk kecantikan sendiri.

"Bagaimanapun produk kecantikan masih lagi dalam proses perbincangan termasuk jenama. Namun perniagaan baju kini Alhamdulillah mendapat sambutan.

"Jadi saya rasa buat apa saya penat berlakon jika pendapatan berniaga menyamai pendapatan saya ketika berlakon sebulan," katanya yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Blinq Beauty Drink.

Berbicara lanjut mengenai perniagaannya, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 23, berkata, dia kini sudah mempunyai label pakaian sendiri yang menggunakan gandingan pangkal namanya bersama nama suaminya, aktor Aeril Zafrel, 27, sebagai jenama produk perniagaannya iaitu WA.

Tambah Wawa, dia menjual rekaan-rekaan busana Muslimah termasuk jubah wanita, dress dan skirt, di samping turut memasarkan jubah lelaki dan kanak-kanak.

Biarpun menyedari saingan sengit daripada rakan-rakan selebriti lain yang turut berniaga pakaian Muslimah, Wawa berkata, dia percaya pada ketentuan rezeki.

"Saya akui saingan agak sengit, tapi saya percaya masing-masing. Sudah dua bulan saya usahakan dengan bantuan pekerja," katanya yang ingin belajar selok-belok mengenai perniagaan sebelum membuka butik sendiri kelak.

Meskipun sibuk memberi fokus terhadap bidang perniagaan, Wawa berkata, dia tidak akan sesekali meninggalkan bidang seni yang selama ini menjadi minatnya.

"Dari segi kerjaya lakonan saya tidak akan sesekali berhenti tetapi hanya perlahankan sahaja. Lagipun bila berlakon masa banyak habis di lokasi dan masa bersama anak cukup terhad.

"Bagaimanapun dari segi watak, saya tidaklah selektif dalam memilih tawaran. Saya tidak letakkan sebarang syarat, malah jika diberi watak antagonis pun saya sedia menjayakannya.

"Dari segi babak bersentuhan pula, saya rasa pengarah sekarang sudah arif sedia maklum saya sudah bertudung, jadi takkanlah mereka mahu saya menjayakan babak bersentuhan dengan bukan mahram pula," katanya yang juga tidak meletakkan sebarang syarat buat Aeril berlakon bersama pelakon wanita lain.

Sementara itu, menyentuh pelantikannya sebagai duta Blinq Beauty Drink, Wawa berkata, dia bersetuju untuk menjadi duta produk berkenaan setelah mencubanya selama tiga bulan.

"Sebagai pelakon dan ibu, memang banyak kerja yang perlu saya lakukan. Bila penggambaran berlangsung lama sikit, saya jadi cepat penat.

"Jadi bila saya mengamalkan Blinq Beauty Drink, saya rasa lebih bertenaga dan sebab itu saya bersetuju untuk menjadi dutanya sejak Ogos tahun lalu," ujarnya.

Attar jadi keutamaan

Dalam pada itu, menyentuh mengenai anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia hampir dua tahun, Wawa berkata, dia kini bergilir-gilir menjaga Attar bersama Aeril.

Ujar Wawa, hanya pada masa tertentu, ibunya, Mariam Hashim akan datang dari Sabah untuk membantu menjaga Attar.

"Attar kini sudah pandai berjalan dan menyebut beberapa abjad dan nombor serta cukup pandai bermain dengan telefon bimbit. Tahu saja dia di mana fail game, video, gambar dan lagu.

"Cuma apabila dia menangis, baru dengar dia memanggil saya mama, kalau tidak dia hanya buat hal dia sahaja," ujarnya membuka cerita mengenai anaknya itu.

Wawa berkata, dia pernah membawa Attar ke lokasi penggambaran dan anaknya itu cukup suka berada di sana kerana dapat berjumpa dengan ramai orang.

"Dia jenis tak takut dengan orang dan semua dia tegur. Malah kini memang nampak dia mempunyai minat terhadap bidang serupa apabila suka melihat videonya sendiri.

"Saya tidak ada masalah jika dia mahu menjadi pelakon, tapi Aeril lebih suka jika dia tidak menceburi bidang seni. Malah sebelum ini ada tawaran untuk menjadikan dia sebagai model iklan tapi Aeril tidak benarkan.

"Apa pun saya tidak membantah sebarang keputusan Aeril kerana ada kalanya apa yang diperkatakan Aeril ada benarnya. Mungkin tunggu dia besar sikit sekiranya dia mahu aktif di dalam bidang seni," jelas Wawa.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment