Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Chong Wei Cipta Kemenangan Epik Dengan Lin Dan Di Brazil

on Saturday 20 August 2016


KUALA LUMPUR: Kejayaan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan seterunya Lin Dan di pusingan separuh akhir Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil adalah satu kemenangan epik. 

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Norza Mohamad Zakaria berkata Chong Wei menjadi pemain sempurna dan matang selepas bangkit daripada kes doping pada tahun lepas. 

"Satu pertemuan yang epik. Chong Wei telah memberi segalanya untuk rakyat Malaysia. Kemenangan kali ini sangat manis. 

"Saya yakin Chong Wei akan raih pingat emas di final esok. Teruskan menyokong Chong Wei," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Chong Wei berjaya mengalahkan Lin Dan di pentas Olimpik dengan 15-21, 21-15dan 22-20 di pusingan separuh akhir. -

Sementara itu, bekas presiden BAM, Tan Sri Elyas Omar berkata pemain nombor satu dunia itu telah menemukan keyakinan dirinya untuk merealisasikan impian pingat emas yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Elyas berkata dengan kemenangan malam ini, dia yakin Chong Wei berpeluang cerah untuk menundukkan lawan seterusnya iaitu pemain nombor dua dunia, Chen Long selepas pemain China itu menundukkan Viktor Axelsen dari Denmark dalam satu lagi perlawanan separuh akhir hari ini. 

"Bagi saya, Lin Dan sering kali buat Chong Wei mental block...jadi bila sudah boleh atasi Lin Dan maka tiada masalah bagi dia untuk jumpa Chen Long ataupun Viktor Axelsen.  

"Chen Long lebih mudah untuk diramal...lebih mudah untuk Chong Wei ramal gerak-gerinya berbeza dengan Lin Dan," katanya yang meletakkan keyakinan tinggi terhadap jaguh negara itu untuk menghadiahkan pingat emas pertama kepad akontinjen negara.  

Elyas tidak menafikan Chong Wei bakal berdepan satu saingan sengit pada final yang dijadualkan pada Sabtu malam.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan yakinChong Wei mampu meraih emas pada aksi final . 

"Saya yakin kita akan mendapat pingat emas esok setelah melihat persembahan yang begitu hebat sebentar tadi dan menjadi kebanggaan negara. 

"Hari ini kita lihat buat julung kalinya sebanyak tiga pasukan layakke peringkat final pentas Olimpik yang paling kurang pun ada pingat perak tetapi kita doa untuk emas," katanya selepas melancarkan 'countdown' setahun ke Sukan SEA 2017.-Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment