Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Datuk Ifa Raziah : "Jangan Pertikaikan Gelaran Datuk Saya"

on Sunday 14 August 2016


PETALING JAYA: Penyanyi dangdut Ifa Raziah berkata, darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk diterimanya adalah daripada penganugerahan yang sah dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 41, berkata, darjah Ahli Setia Diraja yang diterimanya pada Januari lalu itu adalah daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia.

"Ya… saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang.

"Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja," ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Ifa Raziah diminta komen berhubung isu itu selepas ia diperkatakan dalam forum hiburan di internet.

Dalam pada itu, Ifa berkata dia menerima gelaran tersebut sebagai satu penghormatan terbesar buat dirinya.
Namun, dia tidak kisah sama ada mahu dipanggil dengan gelaran tersebut atau tidak dalam industri seni.

"Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya. Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta.

"Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang beberapa pihak yang masih mempersoalkan gelaran tersebut, Ifa berkata, layak atau tidak dia menerima anugerah itu perlu ditanya kepada pihak yang menganugerahkannya.

"Tidak apalah kalau ada orang yang mempertikaikan gelaran itu, saya hanya tersenyum, sama ada layak atau tidak hanya pihak yang memberikan gelaran itu sahaja yang tahu. Siapalah kita untuk mempertikaikannya," ujarnya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment