Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, Kini Bertudung Setiap Hari Jumaat

on Wednesday 24 August 2016


Penyanyi dan pelakon Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 29 mengakui mula membiasakan diri memakai tudung setiap Jumaat sejak tiga tahun lalu. 

Elyana mengenakan tudung pada hari mulia berkenaan dalam usaha melangkah ke depan sebagai wanita Muslim yang lebih baik.

"Memang setiap hari Jumaat saya akan memakai tudung. Tambah pula saya mempunyai kelas mengaji pada hari berkenaan. 
"Bukanlah hendak berlatih, tetapi Insya-Allah ia adalah langkah pertama ke arah kebaikan. Alhamdulillah, saya selesa setiap kali berbuat demikian. Lagipun, adik-beradik saya semuanya sudah bertudung," katanya. 

Sehingga kini, penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Niat pada 2001 itu memiliki sejumlah 141,000 pengikut di Instagram, dan berdasarkan komen ditinggalkan peminat, ramai yang memuji kecantikannya dengan imej terbabit. 

Malah, tidak kurang yang mendoakan penyanyi lagu Tapak Sulaiman ini agar diberi hidayah untuk terus bertudung. 

Dalam perkembangan lain, Elyana baru-baru ini meraih gelaran juara bersama pasangan duet beliau, Intan Sarafina, menerusi rancangan Super Karoks terbitan stesen radio Kool FM. 

Elyana dan Intan selaku tunjang Hey Ladies menewaskan empat kumpulan lain iaitu AM (Ayai/Maya); Lazat (Rahmad/Ezad Lazim) dan Gorgeous Mom (Amelina/Raja Ema). Sebagai juara, dua penyanyi itu menerima RM15,000.

Alhamdulillah semakin ramai artis muda yang bertudung. Semoga terus istiqamah Elyana! -CARI  
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment