Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Heboh cerita Tiz Zaqyah ditahan kat airport

on Monday 22 August 2016


MISS J tak faham apa yang hendak dikecohkan jika ada seorang artis itu tiba-tiba ditahan pegawai penguatkuasa di lapangan terbang? Pemeriksaan biasa, biasalah... Apa yang hendak diperbesar-besarkan?

Lainlah kalau artis itu tiba-tiba melarikan diri sewaktu pemeriksaan dibuat. Tiba-tiba nak buat drama sebabak dengan helah yang kemudian tiba-tiba pengsan, jadi histeria ke apa ke, hah yang itu mungkin boleh dijadikan bahan cerita. Tapi kalau setakat pemeriksaan biasa, Miss J tabik kalau artis terbabit itu sedia memberi kerjasama apabila diminta pihak berkuasa.

Rileks sajalah, buat apa nak menggelabah kan? Keadaan yang sama terjadi kepada pelakon Tiz Zaqyah apabila peminat melihat dia sedang disoal siasat pihak berkuasa di lapangan terbang. Hinggakan dia dijemput masuk dalam pejabat pegawai berkenaan tidak lama kemudian.

Dengar kata, Tiz ‘sangkut’ bab cukai pendapatan. Sebab itu, dia perlu menyelesaikan urusan tersebut sebelum berangkat ke luar negara. Entah betul atau tidak, Miss J tak pasti. Sebab khabarnya bertitik tolak daripada kejadian tersebut, ada beberapa artis popular sudah mula goyang. Mula berkira-kira nak keluar negara sebab takut kena tahan pihak berkuasa gara-gara tak bayar cukai pendapatan. Kenapa jadi macam itu? Apa selama ini tak pernah isytihar pendapatan masing-masingkah?

Inilah masalahnya apabila tak prihatin bab tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Tapi dalam hal ini, Miss J pun tak salahkan artis sebab pendapatan golongan itu tidak sama seperti pekerja makan gaji yang lain. Maklumlah pendapatan bermusim, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Bukan sepanjang masa mereka terikat dengan tawaran kerja.

Kalau adapun, tidak semestinya jumlah yang diperoleh itu besar. Jadi tidak payahlah terperanjat kalau mereka mendapat satu jumlah yang besar sekali 'rap'. Kenalah buat pembahagian dan sifir matematik untuk mengira semula jumlah pendapatan mereka secara kasar.

Janganlah cakap artis itu ‘masyuk’ setiap kali muncul di surat khabar atau televisyen. Sebab tak semuanya dibayar dengan jumlah tertentu. Ada juga yang dilakukan secara sagu hati dan percuma. Satu lagi, tak semua golongan artis itu berkira dalam segala hal. Kadangkala ada yang tidak kisah. Mereka sanggup lakukan apa saja demi sumbangan mereka terhadap nusa dan bangsa. Tak baik bersangka buruk dengan golongan artis tau.

Sumber

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment