Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Pengemis Jujur Pulang Dompet Dapat Pekerjaan dan Rumah Percuma

on Sunday 28 August 2016


BANGKOK – Seorang gelandangan cari nafkah dengan mengemis tidak sangka sifat jujur dirinya sanggup pulang semula dompet seorang taikun fesyen Thailand dibalas dengan dapat pekerjaan dan sebuah rumah percuma.

Menurut media tempatan, insiden bermula apabila pengemis yang tinggal di jalanan dan hanya dikenali dengan nama Woralop itu melihat dompet milik Nitty Pongkriangyos terjatuh dari poket tanpa sedar ketika jutawan tersebut berjalan menuju di sebuah kereta milik beliau.
Woralop segera mengejar lelaki berkenaan namun gagal dan dia kemudian bergegas menuju ke sebuah balai polis berhampiran untuk membuat laporan serta menyerahkan dompet Nitty, 30; yang mengandungi wang tunai berjumlah 20,033 baht (kira-kira RM2,332).
Pereka fesyen tempatan itu kemudian tersentuh dengan kejujuran Woralop, 45; apabila dihubungi pihak polis yang turut memaklumkan bahawa pengemis tersebut ketika membuat laporan cuma ada 9 baht (kira-kira RM1) hasil kerjayanya sebagai peminta sedekah jalanan.
“Saya secara ikhlas berasa amat terperanjat dan tidak tahu dompet saya tercicir, malah reaksi pertama saya jika menjadi orang pertama yang jumpa dompet itu dan kebetulan tiada duit di poket ialah saya akan ambil sahaja semua wang tunai dalam dompet tersebut,” kata Nitty.
Terharu dengan sifat jujur Woralop, beliau menawarkan gelandangan itu bekerja di sebuah kilang miliknya di pinggir ibu kota Thailand dengan gaji bulanan 11,000 baht (RM1,281) selain diberikan rumah untuk didiami tanpa perlu membayar apa-apa sebagai hadiah.
Kisah Woralop kemudian dikongsikan pula oleh teman wanita Nitty, Tarika Patty menerusi akaun Facebooknya sehingga menjadi sensasi, malah lelaki tersebut turut dijemput untuk muncul menjadi tetamu dalam pelbagai program menerusi stesen televisyen tempatan.

“Saya berasa gembira dapat peluang untuk baiki hidup saya bahkan dapat tidur di atas tilam yang bersih pun sebenarnya sudah cukup besar. Terima kasih kepada Nitty dan Tarika atas kebaikan mereka berdua,” kata Woralop kepada media. 
Credit – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment