Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Peniaga Kota Bharu didenda kerana poster premisnya mempamerkan wanita tidak bertudung

on Saturday 20 August 2016


KOTA BHARU - Seorang peniaga di Kelantan didenda Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana poster iklan yang dipamerkan di premisnya melanggar syarat wanita Islam perlu bertudung.

Kes itu berlaku di pusat beli-belah Aeon di Kota Bharu pada 26 Julai lalu, lapor China Press semalam.

Ia memetik peniaga itu sebagai berkata, kompaun dikeluarkan bukan kerana model dalam poster iklan itu berpakaian seksi, sebaliknya tidak mematuhi garis panduan cara berpakaian wanita Islam, iaitu tidak “menutup aurat”.

“Iklan promosi itu untuk pasaran antarabangsa, saman dikeluarkan hanya kerana model dalam poster itu tidak bertudung.

“Majlis perbandaran berkata, disebabkan ini kesalahan pertama, mereka memberikan diskaun dan saya hanya perlu bayar denda RM150,” katanya yang terpaksa menurunkan poster itu.

Katanya MPKB tidak pernah menjalankan pemeriksaan di pusat beli-belah itu atau memberi sebarang amaran mahupun nasihat.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana hendak menonjolkan gaya rambut terkini jika model dalam iklan atau poster salun rambut perlu bertudung.

Pada 25 Julai lalu, seorang peniaga jam tangan di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu turut didenda kerana melanggar Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 menerusi paparan dua keping poster iklan wanita yang dikatakan “seksi” dalam premisnya.

Peniaga mendakwa, ia bukan kali pertama beliau didenda kerana kira-kira 10 saman diterimanya sejak mula menjalankan perniagaan pada 1990.

Jelasnya, beliau hanya boleh memohon lesen perniagaan bagi premis baharunya selepas membayar semua denda berjumlah RM2,000 yang akhirnya diberikan potongan harga sehingga RM400.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment