Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Terkenang Adik Edrus, Aznil sukar lelapkan mata

on Sunday 21 August 2016


SELEBRITI terkenal tanah air, Aznil Nawani mengakui sukar melelapkan mata apabila mengenangkan tragedi malang menimpa mangsa culik, Noor Amila Edrus.

Menerusi posting di akaun rasmi Facebooknya, Aznil yang juga popular dengan panggilan Pak Nil trut berkongsi rasa dukanya di atas pemergian si kecil yang tidak berdosa itu.

"Mata masih tak boleh tidur mengenangkan berita pemergian arwah adik Edrus. Tak terbayang macam mana seorang budak yang petah bercakap dan comel diperlakukan dengan perbuatan yang kejam.

"Pak Nil (Aznil) tak boleh bayangkan bagaimana anak kecil selemah itu memohon belas kasihan semasa di hujung nyawanya. Bagaimana takut dan cemasnya dia ketika diperlakukan. Bagaimana keliru jiwa dan mindanya bila tertanya kenapa dia diperlakukan begitu," ujarnya seperti yang dipetik menerusi posting di Facebooknya.
Edrus, 5, dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada Khamis lalu sebelum mayatnya ditemui sekitar 12.30 tengah hari kelmarin kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang.

Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.
Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu, kata satu sumber

Ujar Aznil lagi, dia turut memahami perasaan ibu bapa Edrus yang tidak tenang dengan kehilangan si kecil itu.
"Juga tak tenang jiwa Pak Nil bila mengenangkan keresahan ayah, ibu dan keluarga ketika disampaikan berita pemergian. Bila diberitahu pula keadaan anaknya ketika ditemui.

"Pak Nil ingin pesan pada diri dan semua keluarga untuk mengambil kejadian ini sebagai satu pengajaran. Tak guna menuding jari kalau kita sendiri tak lakukan tanggungjawab kita memantau anak yang ada di depan mata kita. Jangan senang menyalahkan ibu ayah anak itu kerana kita sendiri tidak mahu menjadi ibu ayah kepada anak orang lain," katanya lagi.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment