Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

TMJ Mahu Rehat Sementara Daripada Bola Sepak

on Monday 22 August 2016


JOHOR BARU: Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui dirinya ingin berehat seketika daripada bola sepak.

Beliau yang ditemui pada sesi dialog bersama penyokong dan media, di sini pada Ahad berkata keputusan untuk berehat antara setahun dan tiga tahun itu mungkin dilaksanakan sekiranya JDT meraih kejuaraan Liga Super buat kali ketiga berturut-turut tahun ini.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor percaya JDT mempunyai ramai pelapis berkelayakan dalam menerajui kepimpinan sewaktu ketiadaannya, apa lagi ia juga sudah mempunyai sistem pentadbiran yang ditetapkan.

"Saya tidak nafikan sudah banyak kali terfikir untuk mula menjalankan tugas yang lain dan tidak lagi berada dalam kelab.

"Bagaimanapun, saya belum ada apa-apa perancangan jelas dan sedang menilai kelab ini secara keseluruhan," katanya yang turut sedar tindakan itu akan menggembirakan sesetengah pihak yang menginginkan pengundurannya daripada bola sepak.

Mengenai isu lain, Tunku Ismail berkata JDT bakal kehilangan penajaan antara RM35 juta hingga RM40 juta tahun depan sekiranya kehadiran penonton terus menunjukkan penurunan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini.

Katanya kedudukan itu bermakna JDT bukan lagi dalam keadaan boleh membeli pemain yang hebat malah terpaksa menjual atau mengeluarkan sesetengah pemain untuk memastikan kewangannya tidak terjejas.

"Sebab itu, saya sering menasihati penyokong dan perkara ini tidak sepatutnya menjadi perkara jangka masa pendek.

"Penyokong mempunyai tanggungjawab ke atas kedudukan JDT kini, sama ada dari segi kewangan ataupun sokongan padu," katanya.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment