Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Wak Doyok Juga Kini Sudah Bergelar Seorang Datuk?

on Thursday 18 August 2016



Ketika semua orang heboh dengan gosip pertunangan ikon fesyen, Wak Doyok bersama bekas wartawan TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, terselit juga desas-desus tentang Wak Doyok bakal memegang title Datuk. Benarkah?

Ini kerana melalui satu status dan kapsyen gambar di laman Facebook Wak Doyok, dia meluahkan rasa syukur dengan pingat yang diterimanya baru-baru ini.

Dipercayai pingat tersebut adalah kurniaan negeri Selangor, berdasarkan satu gambar lain yang menunjukkan Wak Doyok menghadiri satu majlis rasmi, Istiadat Pengurniaan Pingat-pingat Negeri Selangor Darul Ehsan.

Bagaimanapun, tiada komen lanjut daripada pihak Wak sendiri tentang kurniaan yang diterimanya, sama ada membawa gelaran Datuk atau sebaliknya

Apa pun, tahniah diucapkan dan semoga Wak terus sukses dalam bidang fesyen mahupun bisnes yang dilakukannya sekarang ini.



Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment