Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Akibat Takut Virus Zika, Warga Singapura Kini Mula Berbaju Lengan Panjang

on Saturday 3 September 2016


SINGAPURA – Semakin ramai rakyat Singapura sudah mula memakai pakaian berlengan panjang dan menutup tubuh mereka serta meluangkan lebih banyak masa di rumah daripada berada luar.

Ini semua dilakukan demi mengelak daripada gigitan nyamuk aedes setelah pakar kesihatan memberi amaran bahawa wabak Zika mungkin sukar dikawal dalam masa terdekat, menurut agensi berita tempatan, MediaCorp.
Sebagai salah sebuah hab kewangan utama di dunia, Singapura adalah satu-satunya negara di benua Asia dengan jangkitan Zika yang paling aktif; di luar Brazil – negara asal penularan wabak itu sejak dikesan awal tahun ini.
Zika yang mula direkodkan di Uganda pada 1940-an ketika itu hanya melibatkan monyet; secara umumnya menyebabkan simptom-simptom ringan tetapi boleh membawa kecacatan lahir pada janin wanita hamil.

Pihak berkuasa Singapura setakat ini menyatakan lebih 150 kes dikesan sejak jangkitan tempatan pertama dilaporkan minggu lalu, dan virus itu menular menjangkaui kelompok-kelompok yang dilaporkan sebelum ini.
“Saya tidak akan membenarkannya keluar sehingga jangkitan Zika belum dapat dihapuskan,” kata Nat Bumatay seorang ibu yang bekerja sendiri mengenai anak perempuannya Sunshine yang berusia enam tahun.
Pemerintah Singapura meningkatkan usaha dengan menyembur penghalau serangga vektor dan menghapuskan air bertakung bagi mencegah pembiakan nyamuk, tetapi ramai yang mengambil langkah-langkah pencegahan awal.
Ini termasuk mengelak makan di medan selera dan kerap menggunakan ubat serangga bagi mencegah gigitan nyamuk menyebabkan farmasi melaporkan peningkatan pada penjualan ubat nyamuk sejak seminggu lalu.
Ada premis yang kehabisan bekalan manakala portal runcit secara online Lazada dan Qoo10.sg juga membuka kedai Zika, sementara ada rakyat Singapura yang mengiklankan kelambu dan ‘barang kemas’ anti-nyamuk di media sosial.
Wabak ini berlaku serentak dengan ekonomi yang lembab di Singapura. Kebimbangan mengenai penularan Zika boleh memburukkan lagi aktiviti penjualan runcit, kata pakar ekonomi United Overseas Bank, Francis Tan.
“Jika ini berterusan, orang ramai tidak mahu keluar, jadi sektor runcit akan menjadi lembab,”tambah beliau. Zika juga meningkatkan kebimbangan terhadap pelancongan terutama sekali – perlumbaan Grand Prix Formula One.
Acara itu bakal bermula dalam masa dua minggu lagi. Beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Britain, Korea Selatan dan Indonesia sudah menasihati wanita hamil warganya supaya jangan datang ke Singapura.
Ini dijangka memberi kesan buruk kepada kedatangan pelancong asing. Ketika ini jumlah pelancong telah mencecah lapan juta orang pada separuh pertama tahun ini, sekitar sejuta lebih tinggi berbanding rekod tahun lalu.
Dalam pada itu, antara ratusan mereka yang dijangkiti virus Zika adalah warga asing dari Bangladesh, China, India dan Malaysia, ramai daripada mereka dipercayai adalah buruh kasar yang bekerja dalam industri pembinaan.
Jumlah terbaharu termasuk dua wanita hamil, dan pegawai alam sekitar dan pakar kesihatan berkata jumlah jangkitan mungkin bertambah kerana virus itu semakin menular. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment