Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Gejala Sosial Dalam 'Pekak' Perlu Dijadikan Iktibar - Sharifah Amani

on Thursday 1 September 2016


PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Amani berharap filem terbaharu lakonannya, Pekakdapat membuka mata penonton berhubung masalah sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat.

Amani atau nama Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 30, berkata, sebagai pelakon ia adalah satu sumbangan kecil dalam mencetuskan kesedaran terhadap isu seperti penyalahgunaan dadah dan rogol sebagaimana dipaparkan dalam karya arahan Mohd Khairul Azri itu.

"Sebagai pelakon itu tugas saya dalam mencipta dan membangkitkan persoalan terhadap isu-isu di sekeliling kepada penonton.

"Menerusi cara itu ia diharap dapat membangkitkan kesedaran dalam masyarakat kerana kita sebenarnya tidak boleh tipu diri sendiri memandangkan ia memang berlaku dalam kehidupan seharian," katanya kepada mStar Online.

Pekak turut membariskan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Iedil Putra.

Ia mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 September 2016 (hari ini).

Filem tersebut mengangkat kisah tentang Uda seorang lelaki cacat pendengaran selain tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Uda terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah untuk menampng kos pembedahan sebelum bertemu dengan Dara (Amani) yang mendambakan kasih sayang setelah ditinggalkan ibunya.

Pertemuaan Uda dan Dara secara kebetulan telah membawa mereka ke dalam episod cinta melibatkan dadah, keganasan dan seks bebas.

Dalam pada itu, Amani berkata, paparan sisi hitam masyarakat itu juga diharap dapat mewujudkan lebih banyak dialog dikalangan masyarakat terutamanya generasi baharu dalam mencari penyelesaian terhadap isu tersebut.

"Jujurnya saya berpendapat segelintir masyarakat mudah menghukum daripada memberi nasihat atau mendidik dalam menangani isu seperti ini.

"Insya-Allah dengan adanya filem ini diharap akan lebih banyak dialog secara ilmiah diadakan yang sekurang-kurangnya dapat mewujudkan kesedaran dalam diri kita.

"Anak-anak muda kena lebih berani melontarkan suara dan pendapat kerana generasi ini yang akan menerajui negara pada masa hadapan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Amani berkata, dia tidak mengalami sebarang kesukaran ketika penggambaran Pekak sebaliknya teruja dapat menjayakan naskah tersebut.

Malah kata Amani, faktor filem berkenaan melibatkan barisan pelakon yang juga rakan-rakannya membuatkan proses penggambaran berjalan lancar.

"Cabaran terbesar saya sebenarnya adalah hendak mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakan selepas penggambaran berakhir.

"Saya cukup seronok dapat menjayakan Pekak kerana pelakon, pengarah dan produksi semuanya saling memberi sokongan," katanya.

Pekak baru-baru ini berjaya merangkul dua anugerah utama pada International Motivational Film Festival - Bridge of Arts 2016 (IMF) di Restv-on-Don, Russia.

Dua trofi tersebut diraih menerusi lakonan Zahiril dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik manakala Mohd Khairul berjaya menggondol anugerah menerusi kategori Skrip Terbaik.

Sumber : Mstar
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment