Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Isu Pencabulan Di Maahad Tahfiz : Wardina Mahu Orang Ramai Fokus Pada Aduan Dan Bukan Mengkritik Beliau Atau Mana-mana Pihak

on Friday, 2 September 2016


Sekitar minggu lepas, berita mengenai kes pencabulan yang berlaku di Maahad Tahfiz Darul Barakah Ipoh milik seorang penceramah bebas terkenal telah mengejutkan rakyat Malaysia.
Ada yang berpendapat mengapakah kes berkenaan boleh berlaku didalam sekolah yang berlandaskan pegajian Islam.
Kes itu juga mendapat perhatian selebriti Wardina Safiyyah tentang kes pencabulan yang berlaku. Malah, seorang aktivis iaitu Syed Azmi turut menyokong beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Wardina mengenai isu berkenaan.
Cukup lantang bersuara dalam beberapa coretan di akaun Facebooknya, Wardina sekali lagi dihimpit kontroversi kerana seakan menunding jari kepada penceramah Ustaz Kazim Elias. Ramai yang mengritik beliau dan merasakan Wardina agak keterlaluan.
Bagaimanapun, Wardina menegaskan orang ramai sepatutnya memberikan fokus terhadap aduan pencabulan di sekolah tahfiz berkenaan daripada mengkritik beliau.

Orang ramai juga janganlah cuba untuk menyusahkan dan menakut-nakutkan mereka yang mahu membuat aduan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kanak-kanak.
Ini bukan mengenai saya atau kamu, ini mengenai dakwaan yang dibuat. Kita hanya perlu ambil perhatian.
Sekiranya ada aduan serius seperti ini (lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak) kita sepatutnya fokus ke atas aduan tersebut. Kita perlu memudahkan mereka yang ingin membuat aduan pencabulan bukan menghalang mereka dan menyerahkan kepada pihak polis menyiasat kredibiliti aduan mereka.
Amat menyedihkan kita mempunyai mentaliti menyusahkan dan menakutkan mereka yang mahu tampil membuat aduan.
Maaf segala salah silap. Kita ini niat hendak tolong orang sahaja. Saya juga seperti semua mahu kebenaran terungkai. Siapa yang menipu siapa yang tidak.
Ustaz Kazim sebelum ini dilaporkan membuat aduan polis terhadap seorang aktivis iaitu Syed Azmi dan Wardina berhubung dakwaan salah laku seks itu.
Penceramah itu  mendakwa kenyataan Syed Azmi Alhabshi dan Wardina di media sosial  adalah berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang penceramah agama.
Tambah beliau lagi , laporan polis itu dibuat kerana komen-komen di Facebook mereka “sangat memalukannya” dan Ustaz Kazim  ingin membersihkan namanya dan nama sekolahnya, walaupun Syed Azmi dan Wardina mengakui tidak pernah menamakan kedua-duanya.
Hmmph, tidak salah untuk membuat orang ramai sedar bahawa realitinya terdapat kes pencabulan kanak-kanak yang agak serius di negara ini, tetapi dalam memberi pendapat atau bersuara kalau boleh janganlah menimbulkan kontroversi apatah lagi ia melibatkan beberapa pihak lain.
Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment