Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label Azwan Kombos. Show all posts
Showing posts with label Azwan Kombos. Show all posts

Pasangan Azwan, Ezzaty Sambung Bulan Madu Di Makkah

on Thursday, 25 August 2016


PASANGAN pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada Julai lalu merancang untuk menyambung bulan madu mereka di Tanah Suci Makkah sambil menunaikan umrah.
Menurut kenyataan pasangan ini kepada sebuah laman hiburan tempatan, hasrat untuk menunaikan umrah telah dibuat sebelum mereka bergelar pasangan suami isteri lagi.
“Saya sudah membuat keputusan untuk menunaikan umrah sebelum berkahwin lagi. Malah kami memang mahu berbulan madu di sana.”
Difahamkan pasangan tersebut akan berangkat ke sana pada Januari tahun hadapan disebabkan cuaca yang tidak panas dan banyak lagi persiapan yang belum tersedia pada masa ini.
Malah mereka juga berharap para peminat mendoakan agar segala perancangan yang diatur berjalan lancar.
“Harap-harap peminat semua dapat mendoakan rancangan kami dan InsyaAllah jika ada rezeki Allah panggil kami untuk menjadi tetamu Dia, dapatlah kami pergi ke sana dan menunaikan ibadat umrah di tanah suci Makkah,” katanya.

Apapun semoga segala perancangan dan urusan yang dirancang oleh pasangan ini akan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar hendakNya. 
Credit - MYNEWSHUB.CC

'Kursus Kahwin Hanya Langkah Pertama' - Nad Zainal

on Tuesday, 18 March 2014


PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal tidak meletakkan sebarang sasaran tertentu untuk melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, aktor Azwan Kombos biarpun mereka sudah menghadiri kursus asas perkahwinan pada awal Mac lalu.

Nad atau nama sebenarnya, Nadia Zainal, 24, berkata, kursus yang dihadiri mereka itu adalah satu proses biasa sebagai mempersiapkan diri ke alam perkahwinan dan mereka tidak bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Kami pergi kursus tersebut kerana pada masa itu jadual kami tidak terikat dengan sebarang penggambaran jadi kami mengambil keputusan untuk menghadiri kursus tersebut.

"Ia adalah suatu proses biasa dan itu tidak bererti kami akan berkahwin dalam masa terdekat ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Sebelum ini, Azwan Kombos, 29, mengesahkan menghadiri kursus asas perkahwinan bersama Nad Zainal di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail pada awal bulan ini.

Dalam pada itu, Nad berkata, keputusan mereka untuk menghadiri kursus tersebut juga diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

"Keluarga adalah orang pertama yang tahu dan kami tidak akan sorok apa-apa daripada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Nad berkata, buat masa ini mereka sedang mempersiapkan diri untuk melangkah fasa seterusnya namun tidak tergesa-gesa untuk melangsungkan perkahwinan.

"Apa yang penting kami berdua kena bersedia dari sekarang dalam pelbagai perkara sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan kursus asas perkahwinan adalah langkah pertama kami," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nad berkata, dia baharu sahaja selesai dengan penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Tuan Rumah, Pembantu Rumah arahan Jinggo untuk siaran TV3.

Selain itu, Nad berkata, dia juga akan muncul dengan sebuah drama baharu untuk slot Cerekarama bersama Izzue Islam berjudul Tatu.