Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label Chelsea. Show all posts
Showing posts with label Chelsea. Show all posts

Zidane Beri Isyarat, Hazard Bakal Dibeli Real Madrid

on Thursday, 23 April 2015


REAL MADRID dilapor sedang mengatur langkah untuk memikat aset berharga Chelsea iaitu Eden Hazard sebelum membawanya menyertai kelab itu pada akhir musim ini.
Bintang Belgium yang disebut bakal dianugerah pemain terbaik PFA pada Ahad ini telah menandatangani lanjutan kontrak selama lima tahun pada Februari selepas 'dipancing' oleh Paris Saint-Germain.
Bagaimanapun, pengendali skuad simpanan Real Madrid iaitu Zinedine Zidane mendedahkan bahawa dia amat meminati Hazard berbanding Cristiano Ronaldo.
"Secara jelasnya, di sini (Sepanyol) terdapat Lionel Messi dan Ronaldo, kedua-dua mereka amat menakjubkan. Tetapi saya amat meminati Hazard.
"Saya suka semua tentang dirinya. Saya suka sikapnya, ketegasan dan peningkatan yang ditunjuk setiap tahun," jelasnya.
Real Madrid sebelum ini berjaya mendapatkan pemain berkaliber dari Liga Perdana Inggeris seperti Ronaldo, Gareth Bale dan Luka Modric.
Berikutan itu, tidak mustahil jika kelab gergasi itu juga mendapatkan Hazard dalam tempoh terdekat untuk terus memperkemaskan pasukan itu di mata dunia.
Hazard kini menikmati gaji setinggi £200,000 seminggu di Chelsea, dan jika dia menyertai Real Madrid gajinya akan dinaikkan berganda.

Liga Juara-Juara: Chelsea Tersingkir, PSG Mara Suku Akhir

on Thursday, 12 March 2015


CHELSEA tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah selepas Paris Saint-German (PSG) dengan hanya 10 pemain berjaya memasuki suku akhir liga.
Dalam pertemuan pertama di Paris, PSG bermain dengan skor terikat 1-1 ketika melawan Chelsea. Oleh itu, perlawanan timbal balik di Stamford Bridge pada awal pagi Khamis menjadi penentu yang layak ke suku akhir.
Di awal pertandingan, PSG dilihat tampil secara agresif dalam melakukan serangan. 
Bagaimanapun pada masa separuh kedua, pasukan The Blues mendominasi pertandingan, namun PSG tetap berupaya untuk memberikan serangan balas.
Permainan mula panas apabila masuk minit ke-81 menerusi jaringan Gary Cahill. Namun lima minit selepas itu sebelum permainan tamat PSG berjaya memaksa The Blues memanjangkan masa sebaik sahaja tandukan David Luiz menyamai mata 1-1, menerusi umpan sepakan Ezequiel Lavezzi.
Thiago Silva melakukan kesilapan apabila bola terkena tangannya di dalam kotak penalti pada minit ke-96. Hasilnya, Chelsea mendapat 'imbuhan' tendangan penalti dan Eden Hazard tampil sebagai jaguh dengan mengembalikan keunggulan jaringan dengan 2-1.
Namun Silva membayar kesilapannya itu dengan melakukan tandukan pada minit ke-114.
Permainan berakhir dengan skor berimbang 202. Hasil jaringan itu melayakkan PSG memasuki suku akhir Liga Juara-Juara Eropah meskipun dengan agregat 3-3 memandangkan jaringan dicatatkan di kubu pasukan lawan.