Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label Gemuk. Show all posts
Showing posts with label Gemuk. Show all posts

Tak Payah Risau Gemuk Kalau Biasa Amal 4 Petua Ini

on Monday, 8 August 2016


Wanita cukup risau kalau tahu baju yang biasa dipakai mula tak muat. Mulalah cari macam-macam produk dan kadang sampai anggup berlapar semata nak kurus cepat. Sebenarnya tak perlu seksa badan sendiri, cukuplah jika anda ikut beberapa petua ini...

Petua Pertama
Percayalah air limau nipis memang sangat ajaib untuk turunkan berat badan anda.

Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, perah airnya ke dalam gelas yang berisi air, masukkan ke dalam peti sejuk. Kemudian boleh dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


Petua Kedua
Atau anda boleh cuba cara ini, ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


Petua Ketiga
Haaa... air asam jawa bagus dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengah hari atau makan malam.

Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


Petua Keempat
Ini pun kena biasakan. Selepas makan amalkan meminum teh hijau atau teh Cina yang dicampur dengan serbuk kulit kayu manis dan madu.

Tips untuk Mengelakkan Perut Buncit!

on Friday, 9 August 2013

Benci Dengan Perut Buncit?
 Tiada siapa yang suka dengan masalah ‘buncit’kan ? Masalah buncit juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri! Jadi tunggu apa lagi, jom kita ucapkan selamat tinggal pada masalah buncit dengan melakukan 9  pekara di bawah!
1)      KERAP MINUM AIR MASAK
Mendapatkan jumlah air yang banyak dapat menjamin fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air. Jadi, lebih kerap kamu membuang air lebih banyak lah segala sisa makanan yang terkumpul di dalam perut keluar
2)      BANYAKKAN KUNYAHAN
Sewaktu menikmati hidangan makanan, jangan terburu-buru ketika makan. Pastikan setiap makanan yang masuk di dalam mulut di kunyah sebanyak 44 kali atau kunyah sehingga cebisan makanan menjadi kecil dan mudah untuk di hadam. Makanan yang sukar di hadam akan menyebabkan perut kamu kembung dan tidak hairanlah mengapa selepas itu ia menjadi buncit.
3)      MAKAN MAKANAN YANG PENUH SERAT
Makanan yang serat adalah penting dalam pyramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan. Malah, amalan memakan sayur-sayuran yang bewarna hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu proses penjagaan penyakit perut buncit.
4)      KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
Terlebih garam dalam makanan juga tidak di galakan, ini kerana ia akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan proses pengaluaran air dari sel badan. Akibanya perut kamu akan jadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk dan mula membuncit!
5)      KERAP MEMBUANG AIR
Jika kamu terasa seperti ingin membuang air kecil atau besar, jangan tahan. Cepat-cepatlah ke tandas, biarkan segala toksin dalam badan keluar dari tubuh kamu. Jangan di simpan! Nanti kamu juga yang merana.
6)      KELUARKAN PELUH
Jika kamu seorang yang kurang kerap ke tandas, apa kata kamu keluarkan segala toksin yang tersimpan dengan cara lakukan senaman atau apa sahaja aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Lebih elok sekirannya kamu jadualkan waktu senaman kamu. Bukan kata hilang buncit, badan kamu juga akan menjadi sihat dan kuat.
7)      BERHENTI MAKAN UBATAN YANG TIDAK PENTING
Ada sesetengah kajian mengatakan, pengambilanubat-ubatan adalah salah satu faktor perut buncit. Contoh seperti ubat Aspirin. Jika kamu kerap mengambil ubatan ini ia akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
8)      ‘SIT-UP’ SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR
Jika kamu rajin melakukan sit-up sebelum dan selepas kamu bangkit dari tidur ia dapat membantu kamu mengempiskan perut yang buncit itu. Teknik ini sangat di galakan kerana segala oto-otot di perut akan ‘bekerja’ dan menyebabkan sistem pembakaran lemak juga berjalan dengan lancar.
9)      KURANGKAN MINUM AIR MANIS
Air manis memang sedap untuk di minum, tetapi jika di ambil dengan kuantiti yang banyak dan kerap ia akan menyebabkan segala kamu mendapat penyakit yang tidak di ingini seperti kencing manis dan sebagainya. Jadi, kurang-kurangkanlah pengambilan air manis. Lebihkan minuman air masak seperti yang di sarankan di atas.

7 Punca Kita Cepat Lapar

on Sunday, 28 July 2013

Pernahkah mengalami situasi berasa lapar kembali walaupun baru sahaja selepas makan. Makan berulang-ulang kali dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah obesiti dan menjejaskan kesihatan tubuh badan. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Berikut dinyatakan beberapa punca yang menyebabkan kita berasa cepat lapar walaupun selepas makan yang banyak:
 
1) Minum terlalu banyak minuman manis
 
Hasil kajian daripadah University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh ‘menipu’ otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa kita telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
 
2) Kerap makan makanan bertin
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin. Ia menyebabkan kita terdorong untuk makan berulang kali yang menjadi salah satu punca terhadap masalah obesiti. Kita boleh makan makanan bertin, tetapi elakkan daripada terlalu kerap.
 
3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
 
Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat tahun mendapati bahawa individu yang mengambil 300 kalori ketika sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua kali ganda berbanding yang mengambil 500 kalori. Sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan kita makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari.
 
4) Tidak makan sayur-sayuran
 
Sayur-sayuran mengandungi pelbagai khasiat seperti serat, anti oksida dan nutrien yang membantu rasa kenyang tahan lebih lama. Serat dalam sayur-sayuran dapat membantu untuk sistem pencernaan. Nutrien seperti vitamin dan mineral pula mampu meningkatkan imunisasi dalam badan. Seeloknya pilih sayur-sayuran segar untuk dimakan bagi mendapatkan khasiat yang maksimum.
 
5) Tidak minum teh kurang gula
 
Minum teh kurang gula selepas makan akan membuat kita berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak.
 
6) Kurang minum air putih
Kita perlu minum 8 gelas atau 2 liter air putih setiap hari, seeloknya minum air putih sebelum mengambil makanan. Kekurangan air dalam tubuh badan berpotensi untuk meningkatkan tahap kelaparan yang akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti yang banyak.
 
7) Kebosanan
 
Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan untuk makan lebih banyak dan lebih kerap.
 
p/s: Cara mudah untuk kurangkan berat dalam tempoh singkat boleh terjah sini