Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label KJ. Show all posts
Showing posts with label KJ. Show all posts

Isu 'Pendrive' TMJ, KJ : Saya tak akan lindungi sesiapa

on Monday, 29 August 2016


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy‎ Jamaluddin menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu sekiranya didapati ada ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Khairy berkata, ketika ini beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai isi kandungan pemacu pena yang diterimanya daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat lepas.

"Saya tidak akan menutup kesalahan sesiapa, saya tidak akan sembunyikannya, saya akan buat secara telus berdasarkan laporan tersebut... secepat mungkin.

"Saya belum ada masa membaca sepenuhnya kandungan pemacu pena tersebut. Saya akan maklumkan kepada media tentang tindakan susulan saya, sesudah saya kaji isi kandungan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama atlet paralimpik negara di sini hari ini.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menyerahkan pemacu pena yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku FAM kepada Khairy.

Tunku Ismail memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM, selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya. - Bernama

TMJ Serahkan “Pendrive” Kepada Menteri Belia Dan Sukan

on Saturday, 27 August 2016


JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan ‘pendrive’ atau pemacu pen didakwa mengandungi maklumat mengenai salah laku Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Menteri Belia dan Sukan.

Baginda menyerahkan ‘pendrive‘ yang menjadi perhatian ramai pihak terutama peminat sukan bola sepak tempatan itu selepas berkenan menerima kunjungan menteri tersebut, , Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Istana Bukit Pelangi di sini hari ini.
“Tunku Mahkota Johor berkenan menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan pada hari ini di Istana Bukit Pelangi yang kebetulan dalam perjalanan untuk menghadiri upacara pengebumian bekas Presiden Singapura, SR Nathan di republik tersebut.
Antara topik yang diperbincangkan adalah berkaitan program-program pembangunan belia dan berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa terutama melibatkan sukan bola sepak.
“Tunku Mahkota Johor juga pada masa yang sama menyerahkan ‘pendrive’ laporan mengenai FAM kepada Khairy Jamaluddin. Luaskan Kuasamu Johor,” lapor laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini.
Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Julai lalu mendakwa mempunyai ‘pendrive‘ yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung ketirisan dan salah laku FAM sejak sekian lama.
Dakwaan berkenaan menimbulkan polemik dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang ingin tahu isi kandungan ‘pendrive’ tersebut. 
Credit – mynewshub.cc