Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

TMJ Serahkan “Pendrive” Kepada Menteri Belia Dan Sukan

on Saturday 27 August 2016


JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan ‘pendrive’ atau pemacu pen didakwa mengandungi maklumat mengenai salah laku Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Menteri Belia dan Sukan.

Baginda menyerahkan ‘pendrive‘ yang menjadi perhatian ramai pihak terutama peminat sukan bola sepak tempatan itu selepas berkenan menerima kunjungan menteri tersebut, , Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Istana Bukit Pelangi di sini hari ini.
“Tunku Mahkota Johor berkenan menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan pada hari ini di Istana Bukit Pelangi yang kebetulan dalam perjalanan untuk menghadiri upacara pengebumian bekas Presiden Singapura, SR Nathan di republik tersebut.
Antara topik yang diperbincangkan adalah berkaitan program-program pembangunan belia dan berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa terutama melibatkan sukan bola sepak.
“Tunku Mahkota Johor juga pada masa yang sama menyerahkan ‘pendrive’ laporan mengenai FAM kepada Khairy Jamaluddin. Luaskan Kuasamu Johor,” lapor laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini.
Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Julai lalu mendakwa mempunyai ‘pendrive‘ yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung ketirisan dan salah laku FAM sejak sekian lama.
Dakwaan berkenaan menimbulkan polemik dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang ingin tahu isi kandungan ‘pendrive’ tersebut. 
Credit – mynewshub.cc
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment