Home > Posts filed under Nabil Ahmad
KUALA LUMPUR: Pelawak popular Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad sekali lagi dipilih untuk mengendalikan malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28).
Majlis pengiktirafan filem Malaysia ini akan berlangsung pada 3 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Manakala, pelakon Sharifah Shahora dan Wan Syarul bertindak sebagai pengacara pada malam perasmian yang berlangsung pada 1 September di Studio Soundstage, Finas, Ulu Klang.
Majlis pada malam perasmian akan mengiktiraf sebanyak sepuluh anugerah awal FFM28.Ia akan dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal iaitu Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Aizat Amdan, Tomok, Lan (Typewriter), Man Bai, Maman (Teacher's Pet), Dewi Liana Seriestha, Ernie Zakri dan Back to Basixx.Selain itu, seramai 21 penggiat seni tanah air terlibat dalam penyampaian trofi kemenangan pada malam kemuncak FFM28.
Antara yang bakal menyampaikan anugerah ialah Fauziah Ahmad Daud, Shaheizy Sam, Maya Karin, Thumb Suhaimi, Aziz M. Osman, Dr Mahadi J.Murat, Khir Rahman, Tunku Mona Riza, Mamat Khalid dan Ghaz Abu Bakar.Karya-karya yang layak bertanding adalah filem-filem yang ditayangkan daripada 1 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2016.Filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan mendahului senarai FFM28 apabila menerima sebanyak 14 pencalonan.
Filem tersebut turut menerima saingan daripada filem Polis Evo, Munafik, Nota, Jejak Warriors, Mat Moto, Ola Bola, Maravan, Jagat, Huat The Fish dan The Kid From The Big Apple.Sementara itu, seperti tahun lalu pemenang tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai sebaliknya menerusi trofi yang terdapat satu kepingan emas 916.FFM28 akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.
Sumber
PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad berkata dia tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk tubuh badannya yang semakin sasa di laman sosial sehingga ia menjadi bualan ramai.Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, memberitahu foto imej barunya telah dimuat naik oleh jurulatih peribadinya iaitu Cash Razak di Instagram."Saya bukan sengaja nak tayang badan, cuma foto itu tersebar kerana ia dimuat naik oleh jurularih peribadi saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak pernah memuat naik foto seperti itu."Apa-apapun saya tidak akan topless (tidak berbaju) dengan sengaja untuk menayang badan seperti kebanyakan lelaki lain melainkan ada sebab-sebab tertentu," katanya kepada mStar Online.Nabil diminta mengulas mengenai fotonya tidak berbaju menunjukkan tubuh badannya yang sasa bersama dua lagi rakan pelawak itu yang disebarkan di laman-laman sosial.
Foto tersebut membuatkan ramai yang terkejut dengan perubahan ketara Nabil. Malah pelawak itu mendapat pujian daripada peminat-peminatnya. Bagaimanapun ada juga pihak yang memberi pandangan negatif terhadap penampilan itu.
Sementara itu, Nabil berkata dia telah menghabiskan wang kira-kira RM22,000 dalam tempoh dua bulan demi mendapatkan tubuh sasa itu.
Katanya, kebanyakan wangnya itu digunakan bagi membeli barangan penjagaan pemakanan hariannya.
"Nampak besar jumlahnya tetapi ia sangat berbaloi apabila melihat hasilnya. Jika dahulu berat saya 74 kilogram (kg), kini sudah naik kepada 88 kg.
"Tujuan saya mahu mengubah imej adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam bekerja di luar mahupun di pentas hiburan selain atas sebab perniagaan. Alhamdulillah, isteri saya turut memberi sokongan untuk melihat perubahan ini.
"Isteri saya juga mula bersenam selepas habis pantang bersalin. Kalau boleh, saya ingin menjadi contoh kepada masyarakat sebagai keluarga yang mengamalkan kehidupan yang sihat," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nabil kini dilantik menjadi hos terbaharu HBO Sentral musim kedua menggantikan pengacara asal iaitu Lisa Surihani. Program tersebut disiarkan bermula pada 26 April 2015 pukul 3 petang menerusi saluran Astro, HBO (411) dan HBO HD (431) yang akan disiarkan sebanyak 12 episod.
Sumber