Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Nabil Ahmad & Sherry Al-Hadad Dipilih Jadi Hos FFM28 Kali Kedua

on Wednesday 17 August 2016


KUALA LUMPUR: Pelawak popular Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad sekali lagi dipilih untuk mengendalikan malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28).
Majlis pengiktirafan filem Malaysia ini akan berlangsung pada 3 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Manakala, pelakon Sharifah Shahora dan Wan Syarul bertindak sebagai pengacara pada malam perasmian yang berlangsung pada 1 September di Studio Soundstage, Finas, Ulu Klang.

Majlis pada malam perasmian akan mengiktiraf sebanyak sepuluh anugerah awal FFM28.

Ia akan dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal iaitu Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Aizat Amdan, Tomok, Lan (Typewriter), Man Bai, Maman (Teacher's Pet), Dewi Liana Seriestha, Ernie Zakri dan Back to Basixx.

Selain itu, seramai 21 penggiat seni tanah air terlibat dalam penyampaian trofi kemenangan pada malam kemuncak FFM28.

Antara yang bakal menyampaikan anugerah ialah Fauziah Ahmad Daud, Shaheizy Sam, Maya Karin, Thumb Suhaimi, Aziz M. Osman, Dr Mahadi J.Murat, Khir Rahman, Tunku Mona Riza, Mamat Khalid dan Ghaz Abu Bakar.

Karya-karya yang layak bertanding adalah filem-filem yang ditayangkan daripada 1 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2016.

Filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan mendahului senarai FFM28 apabila menerima sebanyak 14 pencalonan.

Filem tersebut turut menerima saingan daripada filem Polis Evo, Munafik, Nota, Jejak Warriors, Mat Moto, Ola Bola, Maravan, Jagat, Huat The Fish dan The Kid From The Big Apple.
Sementara itu, seperti tahun lalu pemenang tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai sebaliknya menerusi trofi yang terdapat satu kepingan emas 916.

FFM28 akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment