Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label Pokemon Go. Show all posts
Showing posts with label Pokemon Go. Show all posts

Permainan Pokemon Go Makin Kurang Popular Lepas Sebulan Dilancarkan

on Saturday, 27 August 2016


LONDON – Apabila mula dilancarkan pada 6 Julai lalu, populariti permainan peranti Pokemon Go naik mendadak di seluruh dunia, sehingga mengatasi Tinder malah memintas Twitter hanya dalam masa beberapa hari sahaja.

Buat seketika, pemainan ‘berhantu’ Pokemon Go kelihatan seperti akan menakluki seantero dunia dengan popularitinya sejak pertama kali ia dilancarkan bulan lepas. Bagaimanapun, demam kegilaan dan ketagihan terhadap permainan itu tanpa disedari kini semakin merosot.
Menurut kajian dijalankan firma Axiom Capital Management, sekitar 15 juta pemain aktif sudahpun ‘hilang’ daripada permainan tersebut sejak bulan lalu, penurunannya termasuk dari segi muat turun, pengguna aktif dan waktu yang dihabiskan untuk bermain setiap hari.
Berdasarkan pemantauan menerusi tinjauan Sensor Tower, SurveyMonkey dan Apptopia, jumlah paling tinggi pemain aktif direkodkan ialah sekitar 18 Julai, apabila ia mencatat kira-kira 45 juta pemain, lapor laman teknologi maklumat antarabangsa terkenal, Digital Trends.
Sebagai perbandingan, pada bulan Ogos, jumlah pengguna aktif hariannya berkurangan drastik apabila tinggal sekitar 30 juta sahaja. Ini lebih-lebih lagi setelah syarikat yang mengeluarkan permainan itu, Niantic, memperkenalkan semula sistem pengesanan pemain.
Namun, penurunan agak banyak itu memang boleh dijangkakan, memandangkan permainan yang boleh popular dengan begitu cepat seperti Pokemon Go, lazimnya bakal kehilangan ramai pengguna tegar dalam tempoh terdekat, lapor laman tersebut lagi.
Bloomberg melaporkan data baharu menunjukkan penurunan dalam bilangan pemain di samping kejatuhan ketara dalam masa yang dihabiskan untuk bermain, sekali gus membolehkan banyak syarikat pesaing lain kini boleh tersenyum dan menarik ‘nafas lega.’
Meskipun ia menggambarkan khabar tidak begitu menggembirakan bagi pihak Pokemon Go, ia mungkin melegakan pentadbir Facebook, Instagram, Tinder, Twitter, Snapchat dan aplikasi lain yang sebelum ini agak terancam dengan populariti mendadak Pokemon Go.
Data tinjauan menunjukkan pemain yang bermain Pokemon Go menurun pada awal Ogos, jatuh daripada 100 peratus kepada 40 peratus pada 4 Ogos lalu termasuk dari segi trend memuat turun, bermain dan jumlah masa sanggup dihabiskan untuk aplikasi itu dalam sehari.
Ramai pemain juga berkemungkinan akan berhenti bermain apabila menyedari Pokemon Go memerlukan mereka terpaksa berjalan dan terus berjalan, selain beberapa isu setelah dilancarkan seperti gangguanserver, aduan tentang urus niaga mikro dan banyak penipuan.
Juga halangan luaran antaranya larangan tegas pihak berkuasa untuk pemain memasuki kawasan tertentu atas faktor keselamatan, risiko jenayah, bahaya ancaman kemalangan di samping pewartaan hukum bersifat keagamaan dan sekatan capaian oleh penyedia jalur lebar.
Meskipun begitu, Digital Trends menjangkakan bahawa jika Pokemon Go masih lagi dapat mengekalkan beberapa juta jumlah pemain yang aktif, ia sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk terus mengembangkan permainan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Pokemon Go: SKMM Garis Sepuluh Panduan Keselamatan Umum

on Thursday, 11 August 2016


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan garis panduan keselamatan umum kepada orang ramai berkaitan permainan Pokemon Go dengan menggesa pemain supaya sentiasa peka dengan keselamatan sekeliling dan sensitiviti masyarakat setempat.  

Dalam kenyataan pada Rabu, SKMM berkata keputusan mengeluarkan garis panduan keselamatan umum itu juga bertujuan mengelak kejadian tidak diingini seperti rompakan, kecurian atau kecederaan. 

Menurutnya, pengeluaran garis panduan itu dibuat selepas timbul kebimbangan pelbagai pihak dan berlaku beberapa insiden tidak diingini gara-gara bermain aplikasi permainan berasaskan realiti tambahan itu yang sudah melanda lebih 70 negara di seluruh dunia. 

SKMM berkata langkah itu juga seiring dengan panduan keselamatan yang telah dikeluarkan beberapa negara lain bagi permainan berkenaan. 

Garis panduan keselamatan itu mengandungi beberapa panduan atau 'tip' kepada pemain antaranya mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi, menghormati sensitiviti tempat ibadat, peringatan untuk tidak memasuki ke kawasan larangan yang berbahaya dan keperluan berwaspada terhadap individu tidak dikenali. 

Turut ditekankan dalam garis panduan keselamatan itu ialah keperluan bagipemain untuk berwaspada dengan penipuan yang boleh berlaku baik secara dalam talian mahupun di luar talian. 

Ini kerana, sebarang penggunaan aplikasi untuk memuat naik permainan Pokemon Go mungkin mendedahkan pemain kepada serangan penggodam atau 'malware'.   

"Dalam hal ini, SKMM ingin menegaskan bahawa pilihan untuk bermain PokemonGo terletak di tangan pemain sendiri. Namun, semua pemain harus sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling mereka," kata suruhanjaya itu. 

Berikut ialah 10 perkara yang digariskan dalam panduan keselamatan berkenaan: 

1. Lindungi maklumat peribadi anda Permainan ini menghendaki anda untuk mendaftar dan berkongsi maklumatperibadi selain menggunakan lokasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Pertimbangkansama ada anda sanggup mendedahkan maklumat peribadi anda. Ibu bapa juga harussedar bahawa data anak-anak mereka diambil ketika bermain Pokemon Go. 

2. Waspada akan penipuan dalam talian dan luar talian Berhati-hati dengan aplikasi mudah alih palsu dan peralatan mencurigakanyang berada dalam talian dan ditawarkan kepada anda. Ini kerana aplikasi sedemikian mungkin mendedahkan anda kepada ancaman penggodam atau 'malware'. 

3. Pantau jumlah wang yang anda belanjakan ketika melakukan pembelianmelalui aplikasi mudah alih, ia mungkin menelan belanja yang tinggi. Terdapat pembelian yang boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih dan insentif-insentif lain yang harganya boleh mencecah US$99.99 atau RM403.86(untuk 14,500 syilingPoke). Justeru, sentiasa sedar apa yang anda belanjakan.        

4. Sambungan data Pokemon Go akan menggunakan GPS dan sambungan data (Wifi atau data mudah alih, sama ada 3G atau 4G) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaansekitar anda dan ini berkemungkinan menjejaskan kuota data mudah alih anda.            

5. Bawa bersama bateri tambahan untuk telefon anda Pokemon Go akan memakan banyak bateri telefon anda. Oleh yang demikian,bawalah bersama cas bateri atau sumber kuasa dan bersedia untuk menghubungi anggota keluarga jika berlaku kecemasan.     

6. Jangan masuk ke kawasan berbahaya atau kawasan larangan atau tempat beribadat, hormati privasi kawasan-kawasan berkenaan. Jangan merayau atau memasuki kawasan berbahaya dan kawasan-kawasan larangan atau tempat-tempat beribadat dalam usaha anda untuk menangkapPokemon.     

7. Waspada dengan individu yang ingin berjumpa dengan anda. Jangan bermain secara bersendirian atau bersetuju untuk bertemu dengan individu yang tidak dikenali ketika bermain permainan tersebut.     

8. Berhati-hati semasa bermain dan jangan menunggang basikal mahupunmotosikal atau memandu kereta ketika menggunakan telefon anda. Berhati-hati semasa menggunakan telefon anda dan jangan menunggang basikal atau motosikal, mahupun ketika memandu kereta, termasuk ketika bermain Pokemon Go atau menghantar teks pesanan kepada rakan dan anggota keluarga anda.     

9. Mana-mana pihak yang mempunyai kebimbangan mengenai isu keselamatan dansensitiviti permainan Pokemon Go harus menghubungi pihak yang membangunkan permainan berkenaan di alamat: Niantic ,Inc. 2 Bryant Street Suite 220, San Francisco, CA 94105 Amerika Syarikat. (Laman sesawang): http://www.nianticlabs.com         
10. Melaporkan isu melibatkan PokeStop atau Gym https://support.pokemongo.nianticlabs.com/hc/en-us/articles/221968408Reporting-PokeStop-orGym-Issues. -Bernama

Ibu Bapa Ditahan Tinggal Anak Bersendirian Main Pokemon Go

on Wednesday, 3 August 2016


SEPASANG ibu bapa ditahan selepas didakwa meninggalkan anak lelaki mereka berusia dua tahun, bersendirian di rumah dan membiarkan keluar bermain permainan mudah alih yang semakin popular, Pokemon Go.
Polis menemui kanak-kanak itu di luar rumah keluarga itu di San Tan Valley di Arizona, Amerika Syarikat (AS).
Pegawai berkata, kanak-kanak itu ditemui dengan badannya yang panas, menjerit dan menangis semasa membawanya masuk ke dalam rumah.
Beliau dilaporkan hanya memakai kemeja-T dan lampin ketika ditemui pada kira-kira pukul 10.30 malam Khamis.
Ibu bapa kanak-kanak itu, Parents Brent dan Brianne Daley, masing-masing berusia 27 dan 25 tahun dikatakan mengakui meninggalkan anak mereka selama satu setengah jam.
Pasangan itu akan didakwa di atas kecuaian dan membiarkan anak dalam bahaya tanpa pengawasan. - Mirror

Ayahanda Abdul Rani Kulup : Pokemon Go akan buat orang Malaysia jadi 'kartun'

on Wednesday, 27 July 2016


SHAH ALAM - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) menggesa supaya kerajaan Malaysia mengharamkan aplikasi permainan sensasi, Pokemon Go.
Presidennya, Abdul Rani Kulup mnendakwa permainan tersebut akan menggalakkan gejala sosial di kalangan belia.

"Kami menentang permainan ini kerana ia memudaratkan kepada perkembangan kanak-kanak dan mengisi minda mereka dengan kartun," kata Abdul Rani dipetik laporan The Star.
Abdul Rani juga mendakwa permainan tersebut akan rosakkan akidah umat Islam kerana permainan tersebut mendatangkan obsesi.

"Akhirnya, semua orang akan menjadi kartun di Malaysia," kata Abdul Rani selepas membuat laporan polis terhadap aplikasi permainan tersebut di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi memperbaharui fatwanya berhubung aplikasi permainan tersebut.
Menurut ulama, kartun Pokemon itu menggunakan simbol-simbol seperti garisan silang menyerupai salib, segi tiga yang melambangkan Freemason dan simbol Shintoisme Jepun yang berdasarkan kepercayaan terhadap lebih daripada satu Tuhan.