Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label diana danielle. Show all posts
Showing posts with label diana danielle. Show all posts

Cahaya Mata Ubah Sikap ‘Angin’ Farid Kamil

on Tuesday, 19 November 2013


PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil menyifatkan kehadiran anak sulungnya yang lahir pada 2 Julai lalu hasil perkongsian hidup dengan Diana Danielle telah memberikan banyak perubahan pada dirinya termasuklah perubahan sikap.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, berkata, anak lelakinya itu telah berjaya melembutkan hatinya yang sebelum ini mudah naik angin selain menjadikannya seorang yang lebih matang.

"Kehidupan saya sebagai seorang bapa benar-benar membuatkan kehidupan saya berbeza dan ia susah untuk digambarkan dengan kata-kata.

"Saya tak pasti sama ada saya dah berubah atau tidak tetapi kehadiran anak saya itu membuatkan saya lebih matang berbanding sebelum ini sehinggakan David Teo (Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG )) juga berpendapat sedemikian.


Farid dan Diana bersama anak mereka.
“Anak akan buatkan saya tersenyum tenang walaupun ketika dilanda masalah," katanya kepada mStar Online.

Pelakon filem Pe3 itu masih belum mendedahkan nama anaknya dan mempunyai perancangan khas untuk memperkenalkan bayi tersebut kepada umum menerusi sebuah program khas yang bakal diterbitkan oleh pihak Astro.

Dalam pada itu, tambah Farid, dia bersama-sama isterinya Diana Danielle juga teruja untuk melihat anak mereka membesar di depan mata dan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada zuriat itu walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan.

Dalam perkembangan terbaharu, Farid kini sibuk di set penggambaran bagi menjayakan filem Kitai, arahan Amiro Ghozali bersama barisan pelakon lain iaitu Shaheizy Sam dan Fezrul Khan.

"Buat masa ini saya fokus untuk filem Kitai dahulu dan kemudian pihak MIG akan menerbitkan sebuah projek filem yang berbajet besar.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas mengenai perkara itu dengan lebih lanjut. Tunggu sahaja pelancarannya nanti," ujar Farid.

Sumber

Diana Danielle dah Bersedia Buat Comeback di Laluan Runway

on Thursday, 12 September 2013



KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2013: Selepas sekian lama mendiam diri kerana melahirkan bayi pertamanya, kini aktres jelita kontroversi, Diana Danielle sedia kembali di laluan runway mahupun permaidani merah bagi mengubat kerinduan peminat yang telah sekian lama menantikan kemunculannya.

Hadir secara tidak di duga di butik fesyen pereka fesyen duo popular, WanPa tengah hari tadi, Dia Danielle mengaku akan kembali aktif dan bersedia untuk menyarungkan persalinan indah rekaan pereka fesyen kegemarannya itu.

Perkara itu telah disuarakan Diana Danielle kepada pereka fesyen berkenaan yang bakal membuat penampilan sulung untuk sebuah acara permaidani merah sempena tayangan perdana sebuah filem tempatan, Jumaat ini.

Rashid yang merupakan salah seorang pereka fesyen dari jenama WanPa berkata kepada portal murai.com.my, pihaknya amat berbesar hati apabila telah mendapat kunjungan daripada aktres cantik berkenaan hari ini.

"Lebih menggembirakan kami apabila Dee (Diana Danielle) sekali lagi sudi menyarungkan persalinan rekaan kami pada acara yang bakal diadakan pada Jumaat ini.

"Dia kelihatan tidak sabar-sabar untuk membuat kemunculan semula pada hari berkenaan dan memberi cadangan kepada kami untuk menggayakan gaun malam meleret daripada fabrik velvet rona silver.

"Sebagai pereka fesyen yang telah sekian lama berkhidmat untuknya, kami amat berbesar hati untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa untuk Dee pada acara malam berkenaan dan diikuti untuk penampilannya pada masa akan datang," katanya dalam nada gembira.

Rashid (rosixwanpa) dan Ridzwan (riwanpa) telah berkongsi gambar kegembiraannya bertemu pelakon manis berkenaan di laman Instagram masing-masing yang telah hadir ke butik WanPa sebentar tadi.

Rashid berkata, pelakon filem Hanyut itu turut menyuarakan hasratnya untuk menggayakan persalinan rekaan WanPa selepas ini untuk beberapa acara istimewa dan untuk itu dia telah mengambil ukuran terbaru pelakon berkenaan.

Pereka fesyen itu menambah, dia cukup terkejut kerana Diana Danielle yang dikenalinya sebelum ini nyata telah kembali memiliki bentuk badan langsing dan agak terkejut dengan perubahan mendadak berkenaan.

"Jika sebelum ini saiz pinggang Dee ialah 28 inci tetapi sekarang telah mencecah hampir 24 inci. Memang langsing sehinggakan saya agak kurang percaya dengan perubahan itu.

"Bagaimanapun saya faham kerana menurut Dee, sejak melahirkan bayi sulungnya, dia telah mengamalkan susuan badan untuk bayinya itu dan mungkin itu adalah salah satu faktor kenapa dia kembali langsing," katanya yang tidak sabar untuk melihat penampilan terbaru Diana Danielle dengan persalinan rekaan terkininya itu.



sumber = murai 

Farid: Sengketa dengan mertua bakal berakhir?

on Friday, 6 September 2013



Aktor Farid Kamil, mengakui masih belum membawa isterinya, Diana Danielle dan anaknya yang kini sudah berusia dua bulan berjumpa dengan ibu mertuanya biarpun keduanya sudah berada di Malaysia beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu.

Umum sudah mengetahui hubungan Farid dan mertuanya, Norsiah Ramli, kurang baik sehingga kisah persengketaan mereka dihidu media. Malah sehingga hari ini, masih belum ada tanda menunjukkan mereka sudah berdamai.

Bagaimanapun Farid ketika ditemui kelmarin, mengakui kemungkinan akan menjemput mertuanya menghadiri majlis akikah dan khatam Al-Quran yang diadakan khas sempena menyambut kelahiran anak sulungnya itu.

"Insya-Allah saya akan jemput dia (mertua) datang ke majlis kami nanti," ujar Farid.

Namun begitu, Farid tetap enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan mertuanya itu.

Berbalik mengenai majlis akikah untuk anaknya itu, dia berkata, syarikat pengurusannya, Metrowealth Production (MIG) ada memaklumkan bahawa Astro berniat menjadi penaja bagi majlis berkenaan.

Katanya, ia sekali gus akan memberi peluang kepada semua melihat wajah dan mengetahui nama anaknya itu kelak.

"Nama dia Muhammad tetapi Muhammad apa dan bagaimana ejaannya akan dimaklumkan kelak. Saya bukan hendak terlampau eksklusif atau sengaja berbuat begini.

"Tetapi Astro sudah menyampaikan hasrat mereka kepada kami dan perbincangan bersama MIG masih dilakukan," ujarnya.

Bagaimanapun, dia bertegas bahawa niatnya bukan menjual anak atau mendapat keuntungan mudah, tetapi semata-mata  mahu berlaku adil kepada semua.

Puji isteri

Teruja bergelar bapa, pelakon Remp-it ini turut memuji isterinya, Diana yang begitu pandai menguruskan anak mereka. Malah kata Farid, dia sangat bertuah kerana dapat memperisterikan aktres jelita itu.

"Diana kini berada di rumah ibu saya di Alor Setar, Kedah. Kami pulang dari Australia sejak beberapa hari sebelum Aidilfitri.

"Walaupun masih menjalani pantang, tetapi dia sangat rajin menjaga dan menguruskan anak. Malah dia yang selalu berjaga setiap malam," kata Farid yang tidak menghalang Diana untuk kembali aktif dalam bidang seni selepas ini.

Sumber : Sinarharian