Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Cahaya Mata Ubah Sikap ‘Angin’ Farid Kamil

on Tuesday 19 November 2013


PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil menyifatkan kehadiran anak sulungnya yang lahir pada 2 Julai lalu hasil perkongsian hidup dengan Diana Danielle telah memberikan banyak perubahan pada dirinya termasuklah perubahan sikap.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, berkata, anak lelakinya itu telah berjaya melembutkan hatinya yang sebelum ini mudah naik angin selain menjadikannya seorang yang lebih matang.

"Kehidupan saya sebagai seorang bapa benar-benar membuatkan kehidupan saya berbeza dan ia susah untuk digambarkan dengan kata-kata.

"Saya tak pasti sama ada saya dah berubah atau tidak tetapi kehadiran anak saya itu membuatkan saya lebih matang berbanding sebelum ini sehinggakan David Teo (Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG )) juga berpendapat sedemikian.


Farid dan Diana bersama anak mereka.
“Anak akan buatkan saya tersenyum tenang walaupun ketika dilanda masalah," katanya kepada mStar Online.

Pelakon filem Pe3 itu masih belum mendedahkan nama anaknya dan mempunyai perancangan khas untuk memperkenalkan bayi tersebut kepada umum menerusi sebuah program khas yang bakal diterbitkan oleh pihak Astro.

Dalam pada itu, tambah Farid, dia bersama-sama isterinya Diana Danielle juga teruja untuk melihat anak mereka membesar di depan mata dan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada zuriat itu walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan.

Dalam perkembangan terbaharu, Farid kini sibuk di set penggambaran bagi menjayakan filem Kitai, arahan Amiro Ghozali bersama barisan pelakon lain iaitu Shaheizy Sam dan Fezrul Khan.

"Buat masa ini saya fokus untuk filem Kitai dahulu dan kemudian pihak MIG akan menerbitkan sebuah projek filem yang berbajet besar.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas mengenai perkara itu dengan lebih lanjut. Tunggu sahaja pelancarannya nanti," ujar Farid.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment