Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label fizo omar. Show all posts
Showing posts with label fizo omar. Show all posts

Pandangan Negatif Tidak Ganggu Emosi Isteri Fizo Omar

on Thursday, 20 March 2014


PETALING JAYA:
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim menjelaskan kata-kata negatif daripada sesetengah pihak yang mempertikaikan dia sering menenami suaminya ke acara hiburan langsung tidak menggangu emosinya.

Mawar, 25, yang juga anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda berkata, dia tidak mampu untuk menangkis setiap pandangan negatif terhadap mereka suami isteri malah sejak awal sudah bersedia dengan gosip sedemikian.

"Mulut orang kita tidak boleh tutup daripada melemparkan kata-kata negatif tetapi ia bukan sesuatu yang menggangu saya kerana sejak awal saya bersedia dengan perkara sebegini.

"Saya tidak berkecil hati kerana suami banyak memberi sokongan dan dorongan apabila ada pihak yang mempertikaikan perkara kecil seperti itu," katanya kepada mStar Online.

Tambah Mawar, dia juga tidak berkecil hati kerana apa yang diperkatakan tidak seteruk apa yang dialaminya sejak berkecimpung dalam bidang perniagaan sebelum ini.

"Jika hendak diikutkan ia tidaklah seteruk seperti mana saya perlu mengharungi cabaran dalam bidang perniagaan sebelum berada di tahap sekarang dan saya sudah terbiasa dengan perkara sebegini," ujarnya.

Sementara itu, Mawar berkata, sejak berkahwin dengan Fizo, dia lebih yakin untuk berhadapan dengan pihak media berbanding sebelum ini apabila dia kelihatan pasif apabila diajukan soalan.

Jelas Mawar, dia bukan bersikap dingin dengan para wartawan sebaliknya bimbang tersalah memberi kenyataan memandangkan dia masih menyesuaikan diri dengan kehidupan suaminya sebagai seorang selebriti.

"Sebelum ini saya hanya banyak bercakap mengenai jenama tudung saya dan tidak pernah bercakap soal lain dan sebab itu saya kurang yakin untuk menjawab pertanyaan daripada media sebelum ini kerana bimbang tersalah cakap.

"Bagaimanapun kini saya semakin yakin dan suami banyak membantu dalam membina keyakinan itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mawar berkata, dia semakin bahagia melayari rumahtangga bersama Fizo dan apabila ditanya soal anak mereka menyerahkan kepada rezeki.
"Kami tidak merancang tetapi menyerahkan kepada rezeki dan ketentuan daripada Allah," ujarnya ringkas.

Sumber 

Isteri Fizo Omar Mawar Abdul Karim Tidak Ulang Pakai Tudung Sama


APA!!!1,000 helai tudung dalam almari? Rasanya belum ada lagi artis yang mampu pecah rekod isteri kepada pelakon Fizo Omar, iaitu Mawar Abdul Karim yang mempunyai koleksi tudung sebanyak itu. Kalau ada sila tampil dan tunjuk buktinya! Haaa..... 


Tetapi itulah yang diberitahu oleh Mawar yang juga anak pengasas tudung jenama Fareeda ini ketika ditemui pada mahjlis sidang media program Terima Kasih Sayang baru-baru ini.

Bukan itu saja, Mawar memberitahu tidak akan memakai tudung tersebut lebih daripada sekali. Patutlah.. setiap kali tampil ke acara hiburan, Mawar bergaya penuh stail dengan koleksi tudung-tudungnya. Kekwat tak??

"Sebagai jurucakap dan pereka di Fareeda adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membawa jenama tersebut selain menggayakan rekaan terkini dan sebab itu saya tidak akan memakai sesuatu tudung itu lebih daripada sekali.

"Siapa lagi hendak promosikan jenama Fareeda kalau bukan saya. Betul tak?," katanya.  

Bagaimanapun kata Mawar, kesemua tudung yang telah digayakan itu tidak akan dibazirkan begitu sahaja dan akan diberikan kepada kenalan rapat atau saudara mara terdekat.

Bercakap mengenai gayanya pada majlis berkenaan, Mawar berkata bagi menyesuaikan tema majlis berkenaan dia mereka sendiri tudung yang dipakainya sehari sebelum acara bermula.

Malah kata Mawar, tudung berkenaan hanya siap pada sebelah pagi sebelum majlis sidang media itu bermula.

"Kebetulan saya memang gemarkan warna Ungu dan tudung yang saya gayakan ini mendapat inspirasi daripada tema berkenaan.

"Rekaan ini bukan sahaja untuk majlis berkenaan malah akan dijual kepada pelanggan mulai minggu hadapan," jelasnya.


'Fizo Omar Cinta Pertama Saya' - Mawar

on Tuesday, 29 October 2013


PETALING JAYA: Anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dan bakal isteri kepada Fizo Omar mengakui pelakon itu adalah cinta pertamanya.

Mawar, 24, berkata, sebelum ini dia tidak pernah mengenali mana-mana lelaki kerana memberikan tumpuan kepada perniagaan namun kesungguhan Fizo memikatnya telah membuatkan dia menerima cinta itu.

"Tidak mudah untuk saya menerima Fizo dan saya akui pada mulanya agak jual mahal kerana ingin menguji kesungguhan dan keikhlasannya terhadap saya.

"Bagaimanapun saya kagum dengan usahanya untuk memikat saya dan restu daripada keluarga juga telah membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya," kata Mawar kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pengumuman tarikh pertunangan dan pernikahan mereka di Cathay e@Curve di sini, Isnin.

Fizo dan Mawar bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 November depan di rumah pihak perempuan di Country Heights, Kajang. Mereka akan bertunang sehari sebelum tarikh itu.

Terdahulu Fizo sempat melakukan gimik dengan melamar Mawar di dalam panggung wayang dengan disaksikan oleh pihak media dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.


Fizo melakukan gimik dengan melamar Mawar di panggung wayang dan menghadiahkannya dengan sebentuk cincin.
Selain sejambak bunga, Fizo turut menghadiahkan sebentuk cincin kepada Mawar.

Dalam perkembangan sama, Fizo berkata, walaupun hubungan yang terjalin agak singkat iaitu selama enam bulan namun keserasian yang ada membuatkan mereka ingin berumah tangga.

Jelas Fizo, walaupun jarang bertemu dengan buah hatinya itu tetapi perbualan di telefon mengeratkan kasih di antara mereka. Malah mereka ingin bercinta selepas berumah tangga.

"Naluri hati saya mengatakan dia wanita terbaik selain kami sangat serasi dan berpandangan sama dalam banyak perkara. Paling penting keluarga kami merestui hubungan ini. Saya rasa lebih baik bercinta selepas berkahwin," jelasnya.

Dalam pada itu, Fizo berkata, majlis perkahwinan mereka nanti akan diadakan untuk keluarga kedua-dua belah pihak, rakan rapat dan wakil media sahaja atas permintaan keluarga masing-masing.

Kata Fizo, selepas bernikah mereka merancang untuk mengadakan tiga majlis resepsi di Kuala Lumpur, Kelantan dan kampung halaman isterinya iaitu di Pulau Pinang.

"Majlis tunang dan akad nikah akan buat secara sederhana sahaja dan jemputan juga tidak ramai tetapi akan ada majlis resepsi lain dan Insya-Allah kami akan jemput semua pada majlis itu nanti," ujarnya.

Majlis pertunangan dan pernikahan pasangan itu bakal disiarkan secara langsung menerusi slot program Nasi lemak Kopi O di TV9.

Fizo juga merupakan pengacara program tersebut yang disiarkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pukul 8 hingga 10 pagi.

Sumber

Fizo Omar : Mawar sukar didekati

on Friday, 20 September 2013


STATUS sebagai selebriti bukan platform mudah bagi pelakon Fizo Omar untuk mencairkan hati anak kepada pemilik tudung Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim.

Akui Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, Mawar seorang yang sangat komited pada kerja dan dia juga tidak seperti kebanyakan wanita yang senang didekati.

"Susah sebenarnya hendak dekat dengan dia (Mawar). Walaupun status saya sebagai artis. Dia sangat tegas dan komited pada kerjanya," ungkapnya tatkala disoal bagaimana hubungan mereka terjalin.

Bicara Fizo lanjut, pada dasarnya mereka berjumpa atas dasar kerja tanpa melibatkan perasaan, namun akhirnya hati lelaki Fizo mulai terpaut pada Mawar selepas melihat kesungguhan dan kebijaksanaan wanita itu menguruskan perniagaan ibunya.

Fizo juga mengakui, dia yang memulakan langkah pertama mendapatkan nombor telefon Mawar dan menghubungi wanita itu.

"Saya kagum melihat dia menguruskan perniagaan ibunya. Dia bukan jual mahal masa mula-mula saya ingin mendekatinya tetapi dia terlalu komited terhadap kerjanya," ujar Fizo ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 80 koleksi eksklusif tudung Fareeda pelbagai warna, corak dan kerongsang di ibu pejabat Fareeda di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.


Bersedia mental & fizikal

Selepas mengenali Mawar pada tahun lalu dan mendapat restu daripada ibunya, Hasnah Jidin, dia tidak menunggu lama dan terus merisik wanita itu pada 28 Ogos lalu.

Pada usianya yang sudah mencecah 28 tahun Fizo juga mendedahkan, dia sudah mencapai sasarannya dalam membuka perniagaan dan juga melaksanakan tanggungjawabnya kepada keluarga.

Dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melangkah ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan.

"Sasaran saya sudah tercapai pada usia 28 tahun. Kini, saya bersedia pula dari segi mental dan fizikal mencari calon yang sesuai untuk dijadikan isteri. Pada masa yang sama, saya berjumpa dengan Mawar. Saya terpikat padanya," luah Fizo yang bakal mengikat tali pertunangan dengan Mawar pada Oktober depan.

Tidak mahu bertunang lama dan merancang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini, ujar Fizo, kalau ikutkan, dia tidak mahu bertunang dan terus melangsungkan perkahwinan.

Begitupun, dia sekadar mengikut adat dan syarat untuk mengikat tali pertunangan biarpun hanya sekejap.

Terbit drama

Berkongsi mengenai perniagaan Hot Burger miliknya, kata Fizo, setakat ini dia mempunyai hampir 30 cawangan Hot Burger di sekitar Lembah Klang dan merancang untuk menambah 20 cawangan di Kelantan dan juga 30 cawangan di Johor Bahru.

Disoal sama ada dia bakal meninggalkan dunia lakonan kerana sibuk menguruskan perniagaan, akui Fizo, dia masih lagi berlakon, cuma mengurangkan aktiviti lakonannya demi memberi tumpuan pada perniagaan dan penerbitan drama yang baru diceburinya.

"Saya tidak akan tinggalkan bidang lakonan tetapi terpaksa memilih tawaran dan watak yang datang. Bukan apa, penghujung tahun ini buat pertama kalinya saya akan menerbit sebuah drama bersiri untuk RTM. Sebelum ini, saya pernah menerbitkan video korporat untuk kerajaan," jelasnya.

Mengulas lanjut, kata Fizo, dia juga masih menjadi pengacara untuk program Nasi Lemak Kopi O di TV9 dan juga memberi taklimat kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti.


Ibu punca Mawar terima Fizo

PERTEMUAN dengan anak pemilik tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim, 24, dan bakal tunangnya Fizo di majlis memperkenalkan 80 koleksi eksklusif tudung Fareeda di ibu pejabat Fareeda di Bangi, Selangor membuatkan Kosmo! ingin menyatukannya mereka untuk hiasan muka depan Hab-Hib.

Bagaimanapun, Mawar menolak secara baik gambarnya dan Fizo dirakam secara berdua.

Katanya, tidak manis gambarnya dirakam sebelum dia dan Fizo mempunyai ikatan yang sah.

Akur dengan permintaannya itu, Mawar diajukan soalan apakah kriteria Fizo yang membuatkan hatinya terpaut.

Ungkap Mawar, kesungguhan Fizo pada kerja dan juga restu keluarganya membuatkan hatinya dibuka untuk pelakon itu.

"Saya tidak memandangnya sebagai artis tetapi melihat pada cara dia berniaga. Dia bersungguh dalam kerjanya. Pada masa yang sama, ibu merestui hubungan kami," ujarnya yang malu-malu mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Fizo.

Akui Mawar, secara jujur dia pada mulanya agak takut mendekati Fizo kerana statusnya sebagai selebriti tetapi ibunya, Faridah Zakaria melembutkan hatinya untuk menerima Fizo.

Jelas Mawar, ibu memintanya jangan terlalu garang dan tegas terhadap Fizo kerana dia berasakan lelaki itu bersungguh ingin mengenalinya lebih dekat.

“Saya tidak pernah ada hubungan yang serius sebelum ini. Mama yang banyak nasihat saya supaya tidak terlalu garang dan dia juga melembutkan hati saya untuk menerima Fizo,” dedah Mawar.

Sumber