Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label tunang pekin. Show all posts
Showing posts with label tunang pekin. Show all posts

Uqasha Senrose pasang badan persediaan untuk kahwin

on Sunday, 26 January 2014


PASANGAN bahagia, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose mendedahkan sudah mula membuat persiapan perkahwinan mereka yang dijangka diadakan pada tahun ini.

Walaupun masih merahsiakan tarikh perkahwinan mereka, pasangan ini mengharapkan apa yang dirancang akan berjalan lancar.

Uqasha berkata, selain persiapan perkahwinannya yang sudah hampir suku peratus, dia turut mengakui kerap ke gimnasium dan mengurangkan pengambilan nasi dalam amalan diet hariannya bagi mengurangkan berat badan.

“Alhamdulillah, persiapan kahwin sudah 30 peratus selesai, sekarang ini saya juga sedang menurunkan berat badan memandangkan dah naik satu kilogram.

“Saya bukanlah nak nampak terlalu kurus sebab badan saya bukanlah besar sangat, cuma nak kelihatan ‘just nice’ saja,” katanya.

Memilih konsep perkahwinan dalam taman, pelakon Paku Pontianak ini berkata, dia bersetuju dengan idea bakal suaminya untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka secara lebih santai dan sederhana.

Menurutnya, dia juga tidak menolak untuk terima tajaan daripada mana mana pihak untuk majlis perkahwinan mereka namun semuanya tertakluk kepada hasil perbincangan dan kesesuaian majlis mereka.

“Saya bersetuju dengan Pekin, kami akan melakukannya secara sederhana tak mahu terlalu meriah.

“Kami juga sedang berbincang dengan penaja yang sesuai sahaja dengan konsep taman secara santai ini,” katanya.


Resepsi kedua di kawasan pantai

Bagi memastikan majlis yang dirancang berjalan lancar, Pekin mengambil pengurusan dan memilih lokasi manakala bakal isterinya, lebih kepada rekaan baju dan dekorasi.

“Walaupun sekarang ini sudah mula buat persiapan,  kami memilih untuk lebih santai dan sederhana, namun agak rumit juga. Banyak juga perkara yang perlukan perhatian lebih.

“Pada mulanya, kami ingin memilih konsep di pantai, namun bila difikirkan orang tua kami, tidak sanggup rasanya, kesian mereka nak ke sana nanti. Bagaimanapun, kami akan melakukannya juga dan hanya menjemput media atau rakan-rakan saja nanti,” katanya yang mahu melakukan resepsi kedua bersama rakan.

Pasangan ini mengakui kesibukan dengan kerjaya masing-masing melambatkan proses persiapan menjelang hari bahagia mereka namun ahli keluarga banyak membantu.
“Alhamdulillah, keluarga memahami kesibukan dan turut membantu kami dalam menyempurnakan persiapan ini,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya pasangan ini, mereka baharu sahaja selesai menjalani drama cerekarama berjudul Hitam yang bakal bersiaran di TV3 tidak lama lagi.

Sumber

Uqasha Senrose Sedia Terima Tajaan Untuk Majlis Kahwinnya

on Saturday, 25 January 2014


PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose sudi menerima apa juga tajaan mana-mana pihak untuk majlis perkahwinannya dengan aktor Pekin Ibrahim yang dijadualkan pada tahun ini.

Uqasha, 21, berkata, sejak berita perkahwinan mereka diketahui umum ada beberapa pihak telah tampil untuk memberikan tajaan namun dia masih belum membuat sebarang keputusan.

"Alhamdulillah ia adalah satu rezeki apabila ada pihak yang sudi untuk menaja perkahwinan kami tetapi perbincangan secara serius perlu dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah pada kemudian hari," katanya kepada mStar Online.

Uqasha bagaimanapun memberitahu dia masih belum dapat memberitahu tarikh sebenar perkahwinannya dengan Pekin buat masa ini.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia berhasrat untuk mengadakan majlis resepsinya berkonsepkan dalam taman tetapi dalam suasana sederhana sahaja.
Pasangan ini masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka kepada umum buat masa ini.

Jelas Uqasha, dia dan bakal suaminya telah mula membuat persiapan untuk perkahwinan mereka kerana mahu memastikan majlis yang bakal diadakan itu berjalan lancar tanpa masalah.

"Persiapan kena mula daripada awal kerana tidak mahu kelam kabut nanti. Malah keluarga juga banyak membantu menguruskan perkahwinan kami.

"Jadi tidaklah rasa tertekan sangat kerana ketika ini kami berdua sibuk dengan aktiviti masing-masing," katanya.

Tambah Uqasha, walaupun berasa bimbang untuk menempuh alam perkahwinan nanti namun dia telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab baharu itu nanti.

Dalam perkembangan lain, Uqasha berkata, dia kini lebih selesa menguruskan kerjaya seninya sendiri selepas kontrak bersama syarikat Metrowealth International Group (MIG) tamat.

Kata Uqasha, walaupun tidak mempunyai syarikat pengurusan namun dia mengambil peluang ini untuk mempelajari menguruskan kariernya sendiri dan menjadi lebih matang.

Sumber

Uqasha hanya fokus pada kerjaya

on Tuesday, 24 September 2013


KEHADIRAN Uqasha Senrose, 20 iaitu kakak kepada Nellydia Senrose mula menarik perhatian ramai.

Namun, bukan kisah kerjayanya yang diberi perhatian, sebalik kisah cinta demi kisah cinta yang menjadi buruan ramai.

Bagaimanapun bagi Uqasha sendiri, biarpun masyarakat lebih memberi tumpuan terhadap kisah cintanya bersama Pekin Ibrahim, 32, fokus utamanya sejak mula lagi adalah perjalanan karier yang baru sahaja bermula.

"Biarpun orang asyik bertanya soal cinta, sejujurnya saya lebih selesa orang memberi perhatian kepada kerjaya saya kerana sememangnya itu fokus utama saya ketika mula-mula berkecimpung dalam industri seni.

"Malah kerjaya saya tidak sedikit pun terjejas dengan segala perhatian  diberikan dan jadual penggambaran saya juga padat dengan beberapa penggambaran. Minggu ini filem lakonan saya Becinta akan ditayangkan di pawagam," ujarnya.

Uqasha yang sudah dirisik Pekin Julai lalu mengakui, dia belum membuat sebarang keputusan lagi bila majlis perkahwinannya akan diadakan, apatah lagi dia begitu sibuk kini.

"Semuanya terserah pada jodoh. Apa yang pasti bukan tahun ini ataupun tahun depan. Lagipun, hubungan kami baik-baik saja dan berjalan lancar," jelasnya.

Sumber : Sinarharian