Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Bersekedudukan: Zizan, Emma tampil beri penjelasan

on Tuesday, 11 February 2014


BAHARU sahaja reda dengan isu bercumbuan di dalam kapal terbang, kini nama Zizan Razak dan Emma Maembong kembali menjadi perhatian selepas dikatakan bersekedudukan sejak enam bulan lalu.

Mengakui terkejut dengan tindakan jirannya yang melaporkan perkara itu kepada pihak media, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, bagaimanapun tidak menafikan Emma ada beberapa kali mengunjungi rumahnya.

"Memang Emma ada datang, tapi itu pun ketika ibu dan ayah saya ada di rumah. Dia datang pun untuk bertemu ibu saya. Lagipun mustahillah kami bersekedudukan kerana saya bukan tinggal seorang di rumah, sebaliknya abang dan pengurus peribadi saya turut tinggal bersama.

"Saya juga tidak ada sebarang masalah dengan jiran saya. Saya mesra dengan jiran-jiran saya dan saya akui agak terkejut bila mendapat tahu ada jiran saya yang melaporkan perkara ini kepada media," katanya kepada media ketika ditemui sebaik tamat Anugerah MeleTOP Era, baru-baru ini.

Mengulas mengenai tindakan individu yang mendakwa sebagai jirannya itu, Zizan berkata, individu tersebut sepatutnya berjumpa dengannya sendiri untuk mendapatkan penjelasan tentang dakwaan tidak berasas itu kerana ia memberikan impak negatif kepada kerjaya seninya.

"Saya sedar, saya dikenali ramai dan kenapa saya mesti buat perkara tidak elok (bersekedudukan)?

"Daripada surat tersebut, saya nampak caranya sangat Islamik. Kalau betul saya ada melakukan sebarang kesalahan, lebih baik individu tersebut datang berjumpa saya untuk dapatkan penjelasan daripada dia menyebarkan fitnah.

"Kalau ya pun nak suruh kami cepat-cepat (berkahwin), bukan cara macam ini. Tapi doakanlah yang terbaik untuk kami," ujarnya sambil tersenyum.

Sementara itu, dalam temu bual berasingan, Emma berkata dia ada membaca artikel tersebut dan mengakui agak sedih kerana difitnah sedemikian.

"Saya akui ada ke rumah dia, itu pun kalau ibu dan bapanya ada di rumah. Selain itu, saya akan ke rumahnya sekiranya saya perlu bergerak sekali dengan dia ke sesuatu acara. Kalau tiada apa-apa, saya tak akan ke rumah dia.

"Bagaimanapun saya tak salahkan dan tak marah pada individu yang menyebarkan cerita terbabit. Mungkin cerita ini timbul kerana orang asyik bercakap mengenai hubungan kami.

Mungkin juga individu terbabit hanya nampak saya seorang yang masuk, padahal dalam rumah dia ramai," katanya.

Emma berkata, walaupun dihimpit dengan kontroversi, dia bersyukur kerana keluarganya sentiasa ada di sisi, terutama bapanya, Ismail Embong.

"Kalau saya tidak ada apa-apa aktiviti hiburan, saya akan duduk di rumah sahaja. Jadi ayah saya bila di baca gosip sebegini, dia akan ketawa kerana dia tahu saya selalu ada di rumah," katanya.


Akui rapat

Dalam pada itu, ditebak mengenai status sebenar hubungan mereka, Zizan dan Emma, mengakui hubungan mereka rapat.

Zizan berkata, dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius dalam masa terdekat ini.

"Saya belum terfikir untuk bertunang. Lagipun jadual kami padat. Tapi saya pernah tanya dia, “awak rasa nak kahwin tak?”, kata Zizan sambil berseloroh.

Bagi Emma pula, dia enggan bercakap lebih-lebih mengenai hubungannya dengan Zizan kerana tidak mahu mendapat malu sekiranya hubungan mereka tidak berakhir dengan baik.

“Apa yang boleh saya katakan, Zizan adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya sekarang. Saya bukan nak rahsia atau nak sorok apa-apa tentang status kami. Tapi saya tak mahu kecoh-kecoh.

"Nanti kalau tak jadi, malu pula. Jadi buat masa ini kami berkawan saja," jelasnya.


Keluar Wire Fame?

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai isu yang mendakwa dia bakal meninggalkan syarikat pengurusannya yang juga syarikat milik Zizan iaitu Wire Fame Entertainment, Emma berkata, ia hanya ura-ura sahaja.

"Buat masa ini saya masih lagi di bawah pengurusan Wire Fame. Tapi saya pernah menyuarakan hasrat untuk bergerak sendiri dan mereka tidak menghalang saya berbuat demikian.

"Tapi itu bukan bermakna saya sah keluar. Apatah lagi, mereka yang ada di dalam Wire Fame sudah saya anggap seperti keluarga saya sendiri," jelasnya yang bakal muncul menerusi drama bersiri Yes Bos, di TV3 mulai 15 Februari ini.

Sumber

Lana Nordin Tunai Umrah, Nafi Rampas Kekasih Adira

on Monday, 10 February 2014


KUALA LUMPUR: Pelakon Lana Nordin mendedahkan sudah menemui kekasih baharu selepas putus cinta dengan aktor Johan As'ari dan sedang mengenali hati budi pemuda tersebut.
Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, bagaimanapun menafikan lelaki itu adalah kekasih kepada penyanyi Adira seperti mana khabar angin yang tersebar di blog-blog hiburan tempatan.
"Saya tidak kenal siapa kekasih Adira sehingga diberitahu mengenai gosip ini barulah saya cari gambarnya di internet dan saya tidak mengenalinya," katanya kepada mStar Online.
Lana ditemui ketika hadir pada Anugerah MeleTop Era yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Sabtu lalu.
Pelakon itu turut mengakui selepas putus cinta dengan Johan beberapa lelaki ada mendekatinya sehinggalah hatinya terbuka untuk mengenali seorang daripada mereka dengan lebih rapat.
Bagaimanapun Lana enggan berkongsi lanjut mengenai hubungan tersebut kerana bimbang akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
"Buat masa ini fokus utama saya adalah untuk mendekatkan diri pada agama dan menjadi insan lebih sempurna sebelum kembali serius bercinta," katanya.
Dalam pada itu, Lana berkata dia bakal menunaikan umrah pada 28 Februari ini bersama rakan baiknya, pelakon Lisdawati.
Keputusan itu adalah untuk mendekatkan lagi diri kepada Allah selain mahu diberi ketenangan jiwa dan dipercepatkan jodoh.
"Saya sudah merancang lama untuk menaikan ibadah ini namun baru sekarang ia termakbul dan jalan untuk ke sana seperti dipermudahkan," katanya.
Lana turut mengakui sudah beberapa kali menghadiri kelas-kelas agama sebagai persiapan ke Tanah Suci.
Dia juga berazam untuk menjadi insan lebih baik selepas pulang menunaikan ibadah itu.
"Alhamdulillah, saya ada menghadiri beberapa sesi usrah bersama Lisdawati bagi mendalami sedikit sebanyak ilmu agama sebagai persiapan ke sana.
"Saya berharap semua urusan dipermudahkan dan menjadi orang yang lebih baik selepas ini," ujarnya.

Nora dan Nedim bakal bersatu?


KISAH percintaan pelakon Nora Danish bersama anak VVIP, Nedim Nazri bukan lagi satu rahsia.

Biarpun sebelum ini mereka berkalikali menafikan perkara itu, dan senang mengatakan hubungan mereka sebagai 'teman rapat'.

Namun terdapat khabar angin mengatakan bahawa mereka bakal menamatkan zaman duda dan janda tidak lama lagi.

Apa yang lebih panas, mereka didakwa sudah pun membeli barangan hantaran untuk perkahwinan mereka hujung tahun ini.

Dalam ruangan gosip akhbar tempatan (bukan Sinar Harian), terdapat sumber mengatakan bahawa perkara tersebut bukan lagi khabar angin semata mata.

"Dalam diam mereka sebenarnya sudah pun membeli barang-barang hantaran sedikit demi sedikit.

"Bukan itu saja, beberapa nama pereka fesyen terkenal juga sudah berada dalam senarai yang akan mereka busana perkahwinan mereka,” khabarnya.

Benar atau tidak mengenai perkara tersebut, kita tunggu sahaja berita gembira daripada mereka kerana Nora mahu pun Nedim belum mengesahkan kesahihannya.

Sumber

Tahniah Buat Nana & Sein!

on Thursday, 6 February 2014


Tahniah MH Online ucapkan buat pasangan Sein dan Nana yang khabarnya baru sahaja menimang cahaya mata semalam. Perkara tersebut telah disahkan Nana sendiri melalui laman instagram miliknya. 
 
Bayi yang merupakan anak ketiga pasangan ini dilahirkan pada 4 Februari 2014 pada pukul 6.10 petang. Menurut Nana lagi, dia terpaksa bertarung di bilik bersalin selama 16 jam dan bersyukur kerana kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.
 
Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa berkahwin dengan Nana yang merupakan bekas peserta Mentor pada 8 Julai 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum ini.
 
Pasangan ini juga pernah bercerai dengan talak satu sebelum ini tetapi mereka kembali rujuk tidak lama selepas itu. MH Online juga mengharapkan kehadiran cahaya mata ketiga ini bakal menambahkan lagi seri dalam rumah tangga pasangan selebriti ini.

Sumber

Siti Saleha Akui Kekasih Jarang Ambil Tahu Tentangnya


Biasanya kalau pasangan kekasih yang baru bercinta, pasti tidak lekang dari menghubungi antara satu sama lain setiap masa.

Lain pula ceritanya dengan kekasih kepada pelakon cantik, Siti Saleha. Beliau sendiri mengakui kekasihnya jarang mengambil tahu mengenai aktiviti sehariannya.

“Kalau saya balik lewat sekalipun dia jarang hendak bertanya mengapa kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon dan saya sendiri senang dengan sikapnya itu,” katanya dalam sebuah kenyataan akhbar.

Gadis kacukan Melayu-Inggeris ini juga merasakan masil terlalu awal untuknya membicarakan soal perkahwinan. Ini adalah kerana hubungan cintanya bersama jejaka Eropah tersebut masih berusia 4 bulan.

Mengikuti perkembangan terbaru aktres ini, Saleha bakal muncul dengan drama di TV Al-Hijrah, ‘Aku Ada Wali’ yang turut dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Zoey Rahman bersamanya.

Sumber

Aiman Hakim Akhirnya Buka Mulut Dia Berkasih Dengan Fathia


KUALA LUMPUR: Jika selama ini dia bertindak mengunci mulut, pelakon Aiman Hakim Ridza akhirnya mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Nur Fathia sejak setahun lalu.

Aiman, 25, berkata, dia sebelum ini enggan mengesahkan perkara itu kerana bimbang cinta mereka tidak kesampaian dan akan memalukan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Benar hubungan kami sedang serius sejak setahun lalu dan sebelum ini saya mengelak menjawab pertanyaan itu kerana beranggapan ia tidak manis untuk diperkatakan secara terbuka.

"Percaya atau tidak saya seorang yang sangat konservatif dan 'tradisional' apabila berbicara perkara sebegini," katanya kepada mStar Online.

Aiman ditemui pada sidang media teater Bidasari di Lambang Sari, Istana Budaya di sini, pada Rabu.

Teater arahan Lokman Ghani itu akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.

Selain Aiman ia akan membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Azura, Nur Fathia, Hairul Azreen dan Radhi Khalid.

Dalam perkembangan sama, Aiman berkata dia bimbang akan ada pihak yang melemparkan kata-kata negatif terhadap mereka jika dia menceritakan mengenai hubungan mereka secara terbuka sehingga boleh melukakan hati keluarga masing-masing.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam teater Bidasari, Aiman memberitahu ia adalah pengalaman berharga kerana dapat mempelajari pelbagai perkara tentang pementasan teater.

Kata Aiman, pada mulanya dia tidak yakin dapat memberikan persembahan terbaik dan sokongan daripada penerbit Erma Fatima dan beberapa pelakon senior lain telah menaikkan semangatnya untuk mencuba.

"Setiap hari kak Erma menghubungi saya supaya saya terima tawaran itu kerana dia yakin saya dapat lakukannya.

"Dan kini saya akan menyesal sekiranya tidak menerima tawaran itu kerana pengalaman yang ditimba sangat berharga," jelasnya.

Tambah Aiman, dia perlu berlatih teknik bersilat dengan betul dan ia perkara paling mencabar buatnya.

"Saya tiada asas dalam silat dan perlu belajar dua kali ganda cepat berbanding orang lain demi pementasan ini.

"Syukur saya semakin selesa dan berharap usaha keras selama ini berbaloi," katanya.

Sumber

Pengarah : 'Fasha tak bersalah'


NAMA aktres jelita, Fasha Sandha dan pelakon muda, Dazrin Kamaruddin tiba-tiba menjadi panas setelah mereka dikatakan bermasam muka meskipun sedang bergandingan untuk drama bersiri, Miranda, yang baharu saja menemui penonton semalam, setiap Rabu jam 9 malam.  

Ketegangan ini timbul apabila Fasha meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Dazrin yang dikatakan tidak berdisiplin dalam sebuah akhbar tempatan (bukan Sinar Harian).

Malah dikhabarkan hubungan keduanya dingin selepas saling memberi kenyataan balas di media.

Enggan membiarkan isu itu terus menjadi 'buah mulut' orang ramai, pengarahnya, Along Kamaruddin tampil memberikan penjelasan kepada Zass dan berharap konflik yang melibatkan pelakon utamanya itu segera berakhir.  

Drama bersiri Miranda merupakan drama pertama anda untuk tahun ini. Namun ada cerita kurang enak berlaku. Bolehkah anda cerita perihal sebenar yang terjadi?

Kisah artis tidak berdisiplin merupakan perkara lapuk dalam industri kita. Malah saya sendiri sudah beberapa kali menempuhi perkara ini.

Namun apa yang ingin saya tegaskan bahawa Fasha merupakan pelakon yang profesional dan sangat berdisiplin.

Tindakannya meluah perasaan dalam sebuah akhbar merupakan perkara yang betul dan bukan fitnah semata-mata.

Saya akui Dazrin memang mempunyai masalah disiplin dan sering lewat ke lokasi penggambaran.

Masalahnya bukan lambat dalam masa 10 minit tetapi berjam-jam. Saya ingin tegaskan, Fasha tidak menipu atau berbohong mengenai masalah ini.

Malah saya sendiri terpaksa tinggalkan set penggambaran kerana sudah jemu menunggu Dazrin.

Anda juga turut terheret sama dalam situasi ini apabila ada laporan yang mendakwa anda 'naik hantu' ketika penggambaran berlangsung?

Demi ALLAH saya tidak pernah mengamuk atau maki hamun pelakon dan kru yang terlibat dalam produksi ini.

Ya, saya akui pernah naik angin atau marah kerana saya juga insan biasa.

Tetapi saya tidak segila sehingga melemparkan barang atau memukul sesiapa kerana kesilapan orang lain.

Saya hanya menasihati dan menegur mereka yang bermasalah terutamanya Dazrin supaya ia tidak mengganggu perjalanan penggambaran.

Siapa yang tidak marah jika kelewatan tersebut memberi impak besar pada produksi.

Kami telah bazir masa, tenaga dan juga wang jika penggambaran tidak dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

Anda pernah berhadapan dengan masalah yang sama termasuklah aktres cantik, Nur Fathia. Melihat masalah yang sering melanda, adakah anda agak kurang tegas dengan artis?

Ia bukan soal tegas atau tidak. Sebaliknya ia bergantung kepada artis tersebut dalam menguruskan peribadi dan urusan kerja dengan baik.

Lagipun mereka sudah besar dan matang untuk melakukan keputusan sendiri.

Saya cuma mampu bagi nasihat supaya mereka sedar dan ubah sikap tersebut.

Tambahan pula, saya jenis yang mudah kasihankan orang walaupun banyak kali sudah terkena.

Selaku pengarah, apa pandangan anda mengenai Fasha?

Saya mengagumi bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya. Selain mempunyai kecantikan semula jadi, dia seorang yang berdisiplin dan sangat menepati masa.

Jika waktu penggambaran bermula seawal jam 8 pagi, Fasha antara orang yang terawal tiba di lokasi.

Malah jika diberi pilihan, Fasha merupakan aktres pertama yang akan saya pilih sebagai heroin dalam drama saya.

Bukan mempertahankan dia semata-mata, tetapi ia berdasarkan pemerhatian saya sepanjang kami bekerjasama dalam beberapa drama lalu.

Sebab itulah, teguran Fasha kepada Dazrin saya lihat perkara betul kerana dia lebih senior.

Dia cuma meluahkan rasa kecewanya dengan sikap Dazrin yang tidak menghormati saya dan mereka yang terlibat dalam produksi ini.

Apatah lagi setelah hal ini tersebar, dia juga terkilan dengan mereka yang cuba memanipulasi keadaan seolah-olah Fasha yang bersalah dan menyebabkan masalah itu timbul.

Bagi meleraikan konflik yang berlaku antara mereka berdua, apakah tindakan anda untuk menjernihkan hubungan Fasha dan Dazrin?

Pagi tadi (semalam) kami telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi menyelesaikan masalah ini.

Saya sebolehnya tidak mahu ia terus berpanjangan kerana akan mengganggu perjalanan penggambaran drama 15 episod ini.

Sudah 46 hari kami bekerja dan saya tidak mahu drama ini terhenti akibat masalah yang berbangkit. Sebagai pengarah, ia menjadi tanggung jawab saya untuk menjernihkan situasi.

Apatah lagi isu ini telah menyebabkan keduanya bermasam muka dan tidak mampu berlakon bersama.

Dalam mesyuarat itu, mereka dipertemukan secara 'face to face' meluahkan apa yang mereka rasai.

Masing-masing menceritakan isi hati yang terbuku dalam diri mereka agar masalah itu dapat diselesaikan. Lagipun tidak elok jika mereka terus bersengketa dan apa yang berlaku jadikanlah iktibar.

Bak kata pepatah, 'buang yang keruh, ambil yang jernih' demi kerjaya mereka juga. Alhamdulillah... Selepas sesi ini tamat, Fasha mahupun Dazrin berjanji bahawa mereka tiada masalah untuk terus bekerjasama.

Bagaimana pula dengan kenyataan Dazrin yang mahu mengadakan sidang media pada ekoran kenyataan Fasha terhadap dirinya?

Berkaitan sidang media yang Dazrin katakan sebelum ini, saya cuma nasihatkan dia agar berfikir sedalamnya sebelum membuka mulut.

Lagipun industri hiburan negara kita kecil, setiap apa yang berlaku pasti akan diketahui umum.

Saya menegurnya jika mahu lama dalam bidang ini, elakkan daripada bual perangai tidak elok.

Jangan cuba tegakkan benang yang basah kerana sudah terang lagi bersuluh ia memang kesalahan kita sendiri.

Tetapi saya tidak akan halang Dazrin jika mahu adakan sebarang perjumpaan dengan media. Itu hak dia, saya tidak akan halangnya.

Cuma saya ingin tegaskan bahawa dia lebih berhati-hati berbicara kerana ini perkara serius.

Dia juga memaklumkan kepada saya dalam sidang media itu nanti, dia akan meminta maaf dengan semua yang terlibat.

Adakah perubahan yang dijanjikan Dazrin benar-benar dikotakan?

Alhamdulillah... sejak akhir-akhir ini dia menunjukkan perubahan positif. Biarpun datang juga ke set lokasi, namun tidak selewat sebelum ini.

Saya berharap dia berubah dengan segera dan mengekalkan momentum itu. Lagipun penerbit telah mengeluarkan belanja besar untuk drama ini supaya ia berjalan dengan lancar.

Tambahan pula, saya juga telah mengupah pengurus untuk menjaga jadual waktu Dazrin.

Akhir sekali, apakah nasihat dan harapan anda kepada artis di luar sana?

Jujur saya akui bahawa setiap produksi akan berhadapan dengan masalah yang sama iaitu datang lambat ke set penggambaran. Sepanjang penglibatan saya dalam industri ini, ia menjadi cabaran terbesar bagi saya selaku pengarah.

Sebelum memilih mana-mana artis untuk dipilih, saya merujuk dengan ramai pengarah mengenai pelakon-pelakon yang ada.

Malah ada di antara mereka pernah menasihati saya agar tidak memilih Dazrin sebagai pelakon utama kerana masalah disiplinnya.

Tetapi saya degil kerana saya sukakan cabaran untuk menggilap bakat baru. Nasihat saya kepada pelakon seperti ini agar mengubah perangainya jika mahu kekal dalam bidang hiburan.

Sumber

Hana Elite Diisytihar Bangkrap Kerana Watie ?

on Wednesday, 5 February 2014


Menurut Hana, lapan tahun lalu dia telah menawarkan bantuan terhadap sahabatnya itu dengan meminjamkan namanya untuk pembelian sebuah kereta Toyota Wish. Selain itu, Hana turut membayar hampir RM10,000 bagi menjelaskan wang pendahuluan kereta beserta insurans dan cukai jalan.

“Tawaran berlakon banyak, tetapi susah untuk dia (Watie) berulang alik kerana tiada pengangkutan. Dia mahu beli kereta Toyota Wish tetapi tidak boleh buat pinjaman bank kerana namanya disenarai hitam. Tapi dia mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya.

Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008 dan sebelum itu pun bayaran tidak konsisten.

Ketika mahu beli kereta itu, kami ada buat perjanjian bertulis depan jurujual tetapi ia tidak boleh dijadikan bukti sebab tidak matikan setem”

“Tidak lama selepas itu, saya menetap sekejap di Australia dan apabila pulang ke tanah air, saya dapat tahu dia berkahwin dan guna Toyota Harrier. Saya ingatkan hal pinjaman Toyota Wish itu selesai dan buat tak tahu saja.

Sampailah awal tahun lalu, saya dan beberapa kawan mahu ke Singapura tetapi saya tak boleh memasuki negara itu berikutan nama disenarai hitam. Apabila kembali ke Kuala Lumpur, saya mahu keluarkan duit di bank tetapi tak boleh”


Selepas diselidik, Hana mendapati akaunnya telah dibekukan kerana tidak membayar tunggakan pinjaman kereta dan dia dinasihatkan untuk terus berurusan dengan pihak Insolvensi. Apa yang lebih mengejutkan, baki hutang telah meningkat daripada RM60,000 kepada RM99,000.

Hana yang turut menyatakan kekecewaannya itu kini sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Watie berkenaan kes ini dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak mahkamah.


Sumber

Amyra Rosli : "Saya Bukan Punca Dazrin Tak Berdisiplin"


Hari ini, hangat diperkatakan cerita pelakon Dazrin Kamarudin yang didakwa tidak berdisiplin dan datang lambat ke lokasi oleh seorang aktres popular. 
 
Hal itu mengundang cakap-cakap belakang yang mengatakan tunangnya yang juga seorang pelakon iaitu Amyra Rosli sebagai punca kepada masalah disiplin Dazrin.
 
"Untuk pengetahun semua pihak, kami tidak pernah mencampur adukkan hal kerja dan peribadi. Masing-masing sibuk dengan kerja. Kalau berjumpa pun selepas habis kerja. Jadi, saya ingin tegaskan, saya bukanlah punca Dazrin tak berdisiplin seperti yang didakwa," ujar Amyra yang dihubungi MH Online sebentar tadi. 
 
Dalam pada itu, Amyra juga enggan mengulas lanjut apa yang telah didakwa.
 
"Apa yang saya tahu, setiap hari dia pergi lokasi dan bukannya tak datang langsung. Pada saya hal ini boleh dibawa berbincang dan perlu saling bertolak ansur," tambahnya lagi yang kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama 'Kristal Maya' untuk slot Samarinda TV3.