Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

5 Kuasa Penyembuhan Aloe Vera aka Lidah Buaya

on Thursday 25 July 2013

Aloe Vera aka Lidah Buaya

Lidah buaya merupakan tanaman dengan sejuta manfaat, bukan hanya di bidang kecantikan, tetapi juga kesihatan. Pelbagai jurnal kesihatan dan kajian di peringkat antarabangsa telah dibuat tentang tumbuhan herba ini yang dianggap tumbuhan yang menyambungkan antara dua dunia iaitu dunia Barat dan dunia Timur. Lidah buaya telah lama digunakan untuk meningkatkan sistem imun, anti keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Kuasa Penyembuhan Aloe Vera Secara Ringkas:-

Melawan tanda penuaan

Tidak perlu membeli produk mahal untuk menutup tanda-tanda penuaan. Amalan berterusan menggunakan aloe vera akan membuatkan pengamalnya memiliki kecantikan kulit, kulit yang halus, bebas jerawat dan keriput, serta semakin bersinar.

Keindahan rambut

Sama seperti keampuhan lidah buaya pada kulit wajah, gel tanaman tersebut juga memiliki efek cantik bagi rambut. Penggunaan syampu lidah buaya (jajoba) secara berterusan akan menjadikan rambut yang kuat, lembut, dan bersinar dengan lidah buaya.

Minuman sihat

Ada sekitar 200 jenis sebatian makanan yang termasuk 20 jenis garam mineral, 18 asid amino 12 vitamin enzim, sterol dan hormon. Amalan meminum ALOE VERA GEL mahupun Aloe BERRY NECTAR mampu menurunkan risiko inflamasi pada tubuh. Minuman sihat dari lidah buaya juga membantu tubuh mengawal gula dalam darah dan kolesterol.Ianya mengandungi lignin iaitu bahan yang dapat membawa nutrien jauh ke dalam sel-sel tubuh.

Mengatasi asma

ALOE VERA GEL mahupun ALOE BERRY NECTAR memiliki khasiat tersendiri bagi pesakit gangguan pernafasan. Segelas gel lidah buaya setiap hari pun dapat meredakan flu, asma, bronkitis, dan alergi lainnya. Jadi segala gangguan pernafasan dapat diatasi secara alami dengan gel lidah buaya tanpa penggunaan ubat-ubatan

Detoks yang sihat

Ianya membantu menyingkirkan toksin yang terkumpul secara lembut. Ini menolong mewujudkan sistem penghadaman yang lebih bersih, membantu mengoptimunkan penyerapan dan penggunaan nutrien. Pergerakan usus juga menjadi lebih efektif

Itulah berbagai rahsia cantik dan sihat dengan lidah buaya. Semoga bermanfaat!

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment