Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Antara Makanan Yang Perlu Dihindari Ketika Perut Kosong

on Thursday 25 July 2013

Sebelum menjalani sebarang aktiviti, kebanyakan orang akan mengambil makanan terlebih dahulu. Namun begitu, jangan mengambil makanan secara sesuka hati kerana ade kesan disebaliknya. Seperti yang dipetik dari web GeniusBeauty, ada beberapa makanan yang tidak boleh dimakan ketika perut anda kosong. Kalau nak tahu, marilah baca kat bawah ni

1. Pisang

Buah pisang mengandungi banyak magnesium. Ini akan menyebabkan merosakkan batas keseimbangan kalsium dan magnesium dalam tubuh. Akibatnya, risiko penyakit kardiovaskular meningkat.

2. Yoghurt

Yoghurt baik diminum dua jam setelah makan atau sebelum tidur. Jangan mengambilnya ketika perut anda masih kosong. Sebab, manfaat yang terkandung dalam yoghurt akan hilang malah menimbulkan penyakit kardiovaskular.

3. Buah Limau

Buah limau mengandung asid sitrat yang tinggi. Apabila anda makan limau semasa perut masih kosong, ia akan memicu reaksi alergi dan menyebabkan peradangan pada lapisan perut (gastritis @ radang perut). 

4. Tomato

Makanan ini mengandungi pektin dan asid tannic yang memiliki konsentrasi tinggi sehingga kedua-dua zat tersebut berkontribusi pada pembentukkan batu lambung. 

5. Bawang Putih, Makanan Dalam Tin & Daging

Perut masih kosong dan anda makan jenis makanan ini, anda akan terkena kejang lambung [gastrospasma]. 

6. Mentimun, Paprika & Kubis

Meskipun termasuk dalam jenis sayuran, tiga jenis makanan ini dapat menyebabkan iritasi lambung [keadaan atau rasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, sakit, bengkak, panas dsb) pd sesuatu bahagian tubuh akibat sesuatu rangsangan, kerengsaan] 

7. Ubi Keledek

Makanan ini dapat menimbulkan sensasi "perut berat" apabila anda memakannya ketika perut anda masih kosong.

8. Minuman Manis

Banyak orang yang menganggap minuman manis dapat memberikan energi dan sering dijadikan sebagai pembuka makan pagi. Namun, sebenarnya anggapan itu salah. Minuman manis harus dihindari ketika perut anda belum terisi apapun. Hal ini dapat menimbulkan peningkatan kadar gula dalam darah dan keseimbangan asid-bes pun terganggu. 

Sumber : GeniusBeauty

p/s : Walaupun dah dipertengahan Ramadhan namun masih boleh dipraktikkan lagi..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment