Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Makanan yang Membuat Wajah Bersih

on Thursday 25 July 2013

Makanan yang Membuat Wajah Bersih

Mangga Salah Satu Makanan 

1. Buah Mangga.
Buah Mangga memang sedap. Buah itu dapat membantu memulihkan kulit. Ianya mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A. Ia dapat mengelakkan kulit daripada berkedut pada usia yang muda. Buah mangga adalah berkalori rendah. Jadi, buah ini amat sesuai diamalkan  ketika diet.
2. Yogurt.
Yogurt kaya dengan protein. Yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain.
3. Bijirin.
Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Anda harus memastikan bijirin yang diambil ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda.
4. Kentang.
Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Kentang kaya dengan zink dan vitamin C. Ianya dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa.
5. Kacang Almond.
Asid lemak dalam Kacang Almond dapat membantu mengekalkan sel membran dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Kacang ini juga dapat mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, lemak baik iaitu lemak tak tepu yang terdapat di dalam Kacang Almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung. Ia dapat mengekalkan kesihatan berat badan.
Ada pelbagai jenis lagi makanan yang membuat wajah bersihAntaranya keju, Buah Beri dan buah Avocado. Selain penggunaan pencuci muka, makanan juga merupakan satu cara yang mampu membersihkan wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda. Setiap orang pasti menginginkan wajah yang bersih, sihat dan kulit yang gebu. Diharap pengambilan makanan yang membuat wajah bersih mampu memberi kebaikan kepada anda.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment