Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Tarikh Bila Malam Lailatul Qadar 2013 Di Malaysia

on Wednesday 24 July 2013

Malam yang paling ditunggu umat islam

Tarikh bila malam Lailatul Qadar 2013 di Malaysia. Lailatulqadar adalah malam berkat yang diturunkan padanya al-Quran secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat. Pada malam ini juga, sekiranya melakukan ibadat al-Qadar adalah seperti melakukan ibadat seribu bulan.

Tarikh Malam Lailatul Qadar 2013

Lailatul Qadar hanya berlaku sekali sahaja dalam bulan Ramadhan. Secara umumnya, malam Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam 10 terakhir di bulan Ramadhan iaitu malam ganjil. Tiada tarikh tepat untuk menentukan Lailatul Qadar namun mengesan malam penuh keberkatan ini adalah sangat penting untuk mendapat pahala yang berganda. Tarikh malam lailatulqadar sengaja disembunyikan oleh ALLAH agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Tanda Malam Lailatul Qadar

Antara salah satu tanda malam Lailatul Qadar adalah hari esoknya tidak terlampau panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal daripada hadis yang sahih. Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenal pasti esoknya. Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat  kerana suasana dan cuaca sesebuah negara adalah berlainan.

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu. Pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka ALLAH akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan: peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus silaturahim dan individu yang sedang bermusuhan.

Pendapat Ulama Mengesan Tarikh Malam Lailatul Qadar

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar.
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu -malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kesimpulan

Kesimpulannya, Tarikh malam lailatulqadar sengaja disembunyikan oleh ALLAH agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya. Yakinlah jika seorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat atau keberkatan malam Lailatulqadar.


Sumber: Tarikh Bila Malam Lailatul Qadar 2013 Di Malaysia | melvister.com 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment