Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Cristiano Ronaldo cipta rekod jaringan La Liga

on Wednesday 25 September 2013


DUA gol Cristiano Ronaldo membenam Getafe, kelmarin membolehkan bintang Portugal itu mencapai 150 gol dengan hanya 140 permainan sekali gus menjadi pemain paling awal mencapai jumlah tersebut dalam sejarah La Liga.

Kehebatan bekas pemain Manchester United itu kini sebaris dengan legenda bola sepak Sepanyol seperti Telmo Zarra, Ferenc Puskas, Alfredo Di Stefano dan Raul Gonzalez.

Sebelum ini, penyerang Barcelona, Lionel Messi mencapai 150 gol dengan 203 perlawanan berbanding Ronaldo dengan 140 permainan.

Turut dikaitkan dengan ketajaman penyudah pemain berusia 28 tahun itu adalah kehadiran Jose Mourinho yang memimpin Los Blancos pada musim 2010/2011.

Sumber : Sinarharian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment