Sejak kebelakangan ini hubungan antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia dilihat semakin mesra sama seperti mereka bercinta dulu.
 
Namun, sebelum ini di dalam edisi Media Hiburan, Almy enggan mengulas hubungan yang dikatakan kembali terjalin itu.
 
Terbaru, menerusi akaun Istagram miliknya, dia mengakui mereka sudah kembali bersama.  
 
Dan berkesempatan bertemu Fizz Fairuz di sesi 'boot camp' program 'Liga Lawak Superstar' terbitan TV3 semalam, dia mengakui hal tersebut malah menyatakan kesediaannya untuk menyunting Almy sebagai isteri.
 
"Memang betul apa yang dia katakan.  Secara ringkas, apa yang saya boleh katakan kami kembali bercinta.  Cuma, untuk kali ini saya tidak mahu tunggu lama-lama lagi.  
 
"Kalau tidak ada aral melintang,  saya mahu berkahwin dengannya tahun depan.  Tahun ni belum lagi sebab nak lepaskan adik saya dahulu.
 
"Selepas apa yang berlaku, saya putuskan untuk tidak bertunang sebaliknya mahu terus bernikah," ujar Fizz yang mana dia tidak pernah memaksa Almy untuk kembali menerimanya.