Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Fahrin Berhati-Hati Pilih Bakal Isteri

on Saturday, 21 September 2013



Kes-kes yang menimpa rakan-rakan artis seperti Fizz Fairuz dan Adi Putra sebelum ini membuatkan pengacara serta pelakon, Fahrin Ahmad lebih berhati-hati dalam mencari calon isteri. Walaupun usianya sudah memasuki 34 tahun, namun pengacara program sukan ‘Intai Gelanggang’ ini mengakui tidak terburu-buru untuk menamatkan zaman bujang dan lebih selesa untuk hidup solo buat masa ini.
 
“Cabaran nak mengenali seseorang pada zaman sekarang bukannya mudah. Apabila timbul isu-isu seperti yang berlaku kepada rakan-rakan artis membuatkan saya lebih skeptikal untuk mengenali wanita dengan lebih terbuka. Saya tidak fobia namun saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan sekarang,” ujar Fahrin ketika ditemui di SimFlightKL, Subang Skypark Terminal, pagi Khamis.

“Melihat pada jadual saya yang agak padat sekarang, pandangan saya terhadap perhubungan ini lebih rasional. Jika mahu bercinta, kena lebih terkawal dari segi minda dan emosi. Saya sendiri agak terperanjat juga kerana saya tidak risau dalam usia sekarang ini saya masih belum mempunyai teman wanita. Apapun, saya sudah terima keadaan ini.

Lagipun, dalam usia begini, saya dah tak ada masa nak keluar ‘dating’. Apabila dah solo begini, ramai pula orang luar nak rekomen saya dengan anak mereka. Rasa kelakar juga apatah lagi saya tak kenal mereka,  namun saya balas dengan cara elok,” kata duta produk Garnier Men ini.

Bertemu dengan Fahrin ketika sidang media Garnier Men bagi memperkenalkan tema produk tersebut, ‘Be In Control’, GUA sempat bertanya kepadanya adakah dia seorang lelaki yang suka mengongkong  atau pernah dikawal oleh pasangannya sebelum ini, dan Fahrin menafikan perkara tersebut.

“Saya bukan ‘kaki control’ atau pernah menjadi mangsa ‘queen control’. Bagi saya, kita perlu sentiasa dengar pandangan atau nasihat orang lain. Lagipun, zaman dah berubah, wanita pun ada hak untuk bersuara dan bila masing-masing dah ada prinsip, jadi setiap pasangan perlulah bertolak-ansur,” ujar Fahrin.

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Fahrin memberitahu dia bakal menjalani sebuah telefilem untuk tayangan Aidiladha berjudul ‘Lambaian Baitullah’ di TV9. Fahrin juga bakal muncul dengan dua telemovie pada bulan September dan satu telemovie pada bulan Oktober bersempena Hari Aids Sedunia. Manakala pada November ini, duta ‘Alicafe’ ini akan menjalani sebuah supertelefilem yang mengisahkan tentang seorang atlet kurang upaya negara.
 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment