Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Anak Patut Tahu Kisah Kontroversi Adi Putra

on Tuesday 19 November 2013


PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra sedia menjelaskan isu-isu kontroversi yang pernah membabitkan diri dia kepada anaknya iaitu Zara Adelia, 1 tahun, apabila kanak-kanak itu dewasa kelak.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, dia tidak mahu anaknya membuat pelbagai andaian melalui berita yang disebar menerusi Internet selain mahu Zara Adelia bersedia menjawab persoalan masyakat di luar sana.

"Sebelum dia (Zara) mendapat tahu sesuatu kontroversi mengenai diri saya, saya akan menerangkan dahulu kepadanya. Yalah... sekurang-kurangnya bila dia cari melalui ‘Google’ di Internet, tidaklah dia terkejut," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Adi pernah menimbulkan kontroversi selepas seorang lelaki membuat laporan polis selepas Adi dikatakan mengirimkan mesej dan gambar berunsur lucah kepada isterinya.

Adi dikatakan berkenalan dengan wanita berusia 30 tahun itu menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu.

Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu sehingga mendorongnya membuat laporan polis.

Bercerita mengenai perkembangan kes terbabit Adi berkata, dia masih menunggu jawapan daripada pihak polis dan berharap orang ramai tidak membuat kononnya dia menggunakan pihak berpengaruh untuk menyelesaikan kes berkenaan.

"Saya tetap berpegang kepada janji di mana apabila konklusi kes itu keluar, saya akan kongsi kepada semua, tetapi setakat ini ia masih lagi dalam siasatan.

"Cuma saya harap orang ramai tidak mempercayai kononnya saya menggunakan orang atasan untuk menyelesaikan kes tersebut. Bagi yang percaya terpulanglah, cuma saya percaya kebenaran akan muncul juga," tegasnya.

Sementara itu, Adi yang bakal mempromosikan filem Balistik pada hujung bulan depan itu sedang mengusahakan perniagaan keperluan mandian jenama Hadaz di bawah syarikat miliknya iaitu Nur ADP Sdn Bhd.

"Apa yang saya lihat, segala kontroversi yang timbul mengenai diri saya sedikit sebanyak memberi kesan positif dalam kerjaya, apatah lagi sekarang ini saya sedang mengembangkan perniagaan keperluan mandian Hadaz.

"Alhamdulillah, perniagaan ini mendapat respons yang bagus kerana ia jarang diusahakan orang Melayu," ujarnya.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment